Home > Bahasa Melayu
Bandarku Ceria diisi Pelbagai Aktiviti
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato PadukaAwang Haji Ali bin Haji Apong semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta ekspedisi berbasikal. |FOTO : PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )
November 14th, 2016 | 10:42 AM | 1045 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ahad, 13 November. - 'Bandarku Ceria, Hari Tanpa Kereta' sememangnya merupakan inisiatif dalam menceriakan ibu kota negara dengan menyajikan pelbagai program dan aktiviti sesuai meluangkan bersama keluarga di hujung minggu.
Pelbagai pihak menyambut baik inisiatif tersebut sama ada dari agensi kerajaan mahupun swasta dan tidak terkecuali sambutan yang menggalakkan daripada orang awam.
Ekspedisi Berbasikal adalah antara aktiviti yang diungkayahkan pada hari ini melalui anjuran Persatuan Warganegara Malaysia di negara ini.
Hadir memeriahkan acara tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.
Ekspedisi bersempena 25 tahun interaksi budaya dan sosial di Brunei Darussalam itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu berbasikal sejauh 23KM dan 5KM.
Sementara di ruang lain pula, keseronokan senamrobik dari KpopXFitness ternyata meriah dan mampu menarik perhatian para pengunjung yang datang untuk menyertainya.
Segenap lapisan masyarakat mengambil bahagian mengikuti senamrobik di sepanjang jalan di tengah ibu kota berhadapanan The Coffee Bean and Tea Leaf.
ANTARA aktiviti permainan bagi kanak-kanak yang telah disediakan di Bandarku Ceria.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Dr. Sufri bin Haji Ladi bersama para pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).
Pemeriksa Kereta Kanan, Awang Azhar bin Haji Hanafiah yang juga selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa acara yang dikendalikan JPD kali ini ketika ditemui berkata acara yang diungkayahkan itu merupakan anjuran bersama JPD dan Kementerian Kesihatan.
Katanya, selain senamrobik, mereka juga meneruskan acara berjalan kaki sejauh lebih kurang 3KM mengelilingi kawasan Bandar Seri Begawan.
Acara sampingan termasuk aktiviti meniup belon, berlari dalam guni dan yang lain lagi bagi sama-sama memeriahkan program di hujung minggu ini.
Manakala di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien juga turut diisikan dengan pe
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad, Saerah Haji Abdul Ghani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]