Home > In The Court
Rogol Anak Sendiri : Penjara, Sebat
November 26th, 2023 | 10:56 AM | 4870 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam perbicaraan pertama sebelum ini, Mahkamah Rayuan tetap mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman 30 tahun penjara dan 15 sebatan terhadap seorang ayah atas kesalahan merogol dua anak kandungnya.
Lelaki tersebut yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa, disabitkan kesalahan tersebut selepas perbicaraan atas 10 pertuduhan merogol bertentangan dengan Seksyen 376 (1) Kanun Jenayah.
Defendan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii, melakukan kelucahan melampau, video pornografi selepas dibacakan oleh Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon.
Mengikut pertuduhan pertama hingga 10 defendan didakwa merogol anak kandungnya berusia 12 tahun dan 15 tahun dari tahun 2017 hingga 2019. Sepuluh kesalahan berasingan dalam tempoh tiga tahun iaitu di sebuah rumah keluarga.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]