Home > In The Court
Dihukum Denda BND13,500 Akibat Memiliki Rokok Tanpa Permit
December 1st, 2023 | 07:39 AM | 5645 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret hari ini, menjatuhkan hukuman denda sebanyak BND13,500 atau 13 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda ke atas seorang warganegara Malaysia.
Majistret Nursariy Shahmina binti Jaffri memutuskan hukuman terbabit selepas Hirizan bin Molsedi, 34 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006.
Mengikut pertuduhan, defendan didakwa atas kesalahan kerana memiliki 13 karton rokok pelbagai jenis dan empat paket rokok dan satu batang rokok pelbagai jenis tanpa permit dan kebenaran yang sah yang ditemui di kawasan kedai Kampong Rataie, Temburong.
Wang tunai sebanyak BND230.00 hasil daripada penjualan rokok berkenaan dihukum rampas dan diserahkan kepada pihak kerajaan untuk tindakan lanjut.
Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja menjalankan tangkapan terhadap defendan pada 28 November 2023, jam 8.25 malam.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok juga dihukum rampas untuk diserahkan kepada pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan manakala wang tunai terlibat hasil penjualan rokok sebanyak BND230.00 dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abd Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]