Home > School
Pendaftaran Peperiksaan BC GCE ‘O’, ‘AS’, ‘A’, IGCSE dibuka
January 4th, 2024 | 11:44 AM | 3484 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan akan membukakan pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge (BC) GCE 'O', 'AS', 'A' dan IGCSE bagi bulan Mei / Jun 2024 bermula pada Khamis, 4 Januari 2024 hingga Khamis, 15 Februari 2023.
Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperoleh dari Kaunter Jabatan Peperiksaan bertempat di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan (Blok C Aras Bawah Bangunan Kementerian Pendidikan Lama, Lapangan Terbang Lama Berakas) semasa waktu pejabat dibuka.
Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah lengkap pada setiap Isnin hingga Khamis pada sebelah pagi, mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, sebelah petang mulai jam 1.30 petang hingga 3.00 petang dan Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 1/2024. Borang pendaftaran juga boleh dimuat turun, mata pelajaran yang ditawarkan dan surat pemberitahuan dari laman 'web' Kementerian Pendidikan di 'www.moe.gov.bn'.
Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah Iengkap berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, melalui Kaunter Jabatan Peperiksaan bertempat di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan tidak lewat dari Khamis, 15 Februari 2024.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]