FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Berangkat Mempengerusikan Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Adat Istiadat


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 January 5th, 2024  |  09:37 AM  |   159 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Adat Istiadat.

 

Persidangan Khas yang berlangsung di Bilik Mesyuarat West Wing, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM selaku Penasihat Majlis Mesyuarat Adat Istiadat; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik selaku Timbalan Pengerusi 1 Majlis Mesyuarat Adat Istiadat; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen selaku Timbalan Pengerusi 2 Majlis Mesyuarat Adat Istiadat; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah selaku Timbalan Pengerusi 3 Majlis Mesyuarat Adat Istiadat.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar selaku Penolong Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat.

 

Persidangan Khas berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Para Ahli Majlis Mesyuarat Adat Istiadat terdiri daripada Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pehin-pehin Manteri.

 

Majlis Mesyuarat Adat Istiadat antara lain bertanggungjawab mengawasi perkembangan adat istiadat dari semasa ke semasa dan mengambil inisiatif yang bersesuaian dan memastikan pelaksanaan adat istiadat yang sempurna berdasarkan prinsip memelihara keaslian dan keutuhannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07