Home > School
659 Pelajar Baharu Sanah 5 Mulakan Persekolahan
Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
January 5th, 2024 | 11:25 AM | 3796 views
RIMBA
Pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baharu Sanah 5 sekolah-sekolah Arab seluruh negara bagi musim penggal baharu persekolahan Tahun 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi yang bermula hari ini adalah berjumlah 659 orang.
Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 311 pelajar lelaki diterima masuk untuk memulakan sesi pembelajaran Sanah 5 di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB), di sini.
Sehubungan itu, sempena pendaftaran dan kemasukan pelajar Sanah 5,7 dan 9 bagi tahun 2024, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Misle bin Haji Abd Karim mengadakan lawatan kerja ke SASHHB.
Turut hadir dalam rombongan lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, KHEU.
Lawatan berkenaan merupakan acara tahunan KHEU bagi meninjau dan menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasukan pelajar baharu ke persekolahan Arab.
Di samping itu juga, ia bertujuan untuk meninjau prasarana dan kemudahan sekolah bagi memastikan penyediaan dan pencapaian pendidikan yang berkualiti tinggi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Haniza Abdul Latif
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]