FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Istiadat Perarakan Pengantin Diraja Lambang Keunikan Warisan Negara


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hamzah Mohidin, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Azmah Haji Ahad, Alisahrin Haji Momin, Pg. Haji Mohd. Fawzy Pg. Haji Ahmad, Abdul Kadir Md. Tahir, Hanif A. Halit, Hasif Haji Mat Zain, Muhammad Khalid Doughty, Mohammad Nor Azlyn Ibrahim.

 


 January 15th, 2024  |  08:06 AM  |   2175 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Senyuman manis dan lambaian mesra dari kedua-dua Pengantin Diraja, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam, menjadi kenangan paling berharga dan tidak akan dilupakan oleh ribuan rakyat jelata termasuk para pelancong berbilang warganegara yang turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah gilang-gemilang Majlis Istiadat Perarakan Pengantin Diraja di ibu negara.

 

Kemuncak Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja berkenaan menjadikan suasana Bandar Seri Begawan (BSB) dipenuhi dengan orang ramai yang beratur di semua ceruk jalan raya dan kawasan yang menanti dengan perasaan teruja untuk menyaksikan Majlis Istiadat Perarakan Pengantin Diraja.

 

Suasana ibu negara juga sangat indah dengan pemandangan pelbagai perhiasan kuntuman bunga yang mengembang serta kibaran bendera-bendera penuh warna-warni di sepanjang jalan, termasuk pintu-pintu gerbang yang tersergam indah memaparkan potret pasangan Pengantin Diraja di sepanjang laluan perarakan menyemarakkan lagi detik bersejarah berkenaan.

 

Perarakan Pengantin Diraja mengelilingi BSB berkenaan bermula dari Istana Nurul Iman melalui Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha seterusnya ke Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien melintasi Lapau, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, dan kemudiannya melalui Jalan McArthur melintasi Dermaga Diraja, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, seterusnya menuju ke Jalan Masjid Omar Ali' Saifuddien hingga ke penghujung Jalan Stoney dan balik semula ke Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Perarakan berkenaan turut melibatkan kira-kira 21 ribu penuntut bersama lebih 2,000 guru serta 15,700 pegawai dan kakitangan kerajaan manakala 500 peserta lagi mengambil bahagian dalam persembahan hadrah.

 

Pengantin Diraja mula diarak dengan diiringi oleh pasukan motosikal Pasukan Polis Diraja Brunei diikuti oleh 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-awang, Changkah yang dibawa oleh Pateh dan Damong, empat Dian Bunga, sebatang Dian Tunggal, dua orang kanak-kanak Pahawai lelaki, seorang memegang Kiap, seorang memegang Pasigupan, diikuti oleh dua Hulubalang, Hulubalang Diraja membawa Pemuras dan Karga serta Hulubalang Asgar membawa Kelasak dan Kampilan yang mendahului Kenaikan Pengantin Diraja, diikuti oleh Perhiasan Empat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Kemudian rombongan Istiadat Perarakan Pengantin Diraja diiringi oleh Kenaikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat diraja.

 

Ini diikuti oleh kenderaan yang membawa dua Pengiran Perempuan Berbaju Gadong dan dua Dayang-dayang yang membawa Kaskol Langguai, tujuh Pahawai lelaki dan tujuh Pahawai Perempuan yang masing-masing membawa satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, diikuti oleh Dian 16 yang dibawa oleh 16 Awang-awang dan 16 Dayang-dayang serta Awang-awang yang memegang alat-alat kebesaran diraja, iaitu 16 Pedang dan Perisai, 16 Tumbak Bendarangan dan lapan Kabok dan Panastan dengan diiringi oleh Gendang Arak-arakan.

 

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah kelihatan sungguh ceria dan gembira di dalam kenderaan Kenaikan Khas dengan konsep terbuka untuk memudahkan orang ramai menatap ketampanan dan kejelitaan wajah mempelai diraja yang menjadi kesayangan rakyat.

 

Ketika Kenaikan Khas yang membawa mempelai diraja tiba, rakyat jelata dan penduduk daripada pelbagai peringkat usia termasuk para pelancong asing yang membanjiri ibu negara sejak awal pagi lagi melambai-lambaikan tangan, menjunjung tahniah dan terharu sambil kedua-dua mempelai diraja yang bagai 'pinang dibelah dua' membalas lambaian dengan ukiran senyuman yang penuh mesra dan ceria.

 

Walaupun dengan keadaan cuaca panas terik sejak perarakan bermula, namun ia tidak melemahkan semangat rakyat dan orang ramai untuk turut sama meraikan Perarakan Mempelai Diraja bahkan mereka tetap berdiri dan menyembahkan ucapan 'Allah Selamatkan Pengantin Diraja' kepada kedua-dua mempelai Pengantin Diraja.

 

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang merakam detik-detik bersejarah berkenaan melalui telefon pintar dan kamera masing-masing yang setentunya akan disimpan dan diabadikan sebagai kenangan sepanjang zaman.

 

Kemesraan yang dipamerkan oleh pasangan mempelai diraja berkenaan seolah-olah hadiah yang tidak ternilai bagi rakyat dan orang ramai.

 

Demikian juga, kesempatan berkenaan paling berharga bagi rakyat jelata dan peluang keemasan untuk mempamerkan ketaatan, kecintaan orang Brunei kepada raja, kerabat diraja dan negara.

 

Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja berkenaan bukan sahaja disaksikan oleh rakyat dan penduduk di negara ini malahan turut mendapat perhatian dunia melalui siaran-siaran langsung dari Radio Televisyen Brunei dan liputan daripada para wartawan dan jurugambar daripada pelbagai organisasi media antarabangsa.

 

Istiadat yang menjadi ristaan sejarah berkenaan, setentunya akan menjadi kenangan yang sangat berharga bukan sahaja kepada generasi pada hari ini bahkan bagi generasi akan datang terutama bagi ribuan kanak-kanak apabila mereka menjangkau usia remaja nanti.

 

Bersulamkan adat istiadat yang diwarisi sejak turun-temurun, nilai-nilai budaya bangsa yang menjunjung tinggi adat dan adab yang murni lagi luhur amat terserlah dalam istiadat-istiadat kebesaran diraja di negara ini.

 

Ini bermakna sekali lagi Negara Brunei Darussalam turut mewajahi dunia dengan mempersembahkan kegemilangan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja yang penuh dengan keunikan warisan serta memartabatkan adat istiadat diraja yang ditunjangi falsafah negara Melayu Islam Beraja.

 

Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kebahagiaan kepada kedua-dua mempelai diraja. 'Allah Selamatkan Pengantin Diraja'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07