Home > School
Pelajar JIS Terima Anugerah Pelajar Pearson Cemerlang
Sekolah Antarabangsa Jerudong
January 20th, 2024 | 07:44 AM | 2558 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Anugerah Pelajar Pearson Cemerlang (OPLA) pada setiap tahun disampaikan kepada pelajar Pearson Edexcel, yang menduduki mana-mana kelayakan Pearson semasa peperiksaan, yang telah mencapai markah mata pelajaran tertinggi di negara mereka di rantau ini malah seluruh dunia.
Pelajar dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), Wesley Lim telah mencapai markah tertinggi di seluruh dunia bagi Pearson Edexcel International 'A' Level dalam Ekonomi. Selain itu, Wesley juga memperoleh markah tertinggi di Negara Brunei Darussalam untuk kelayakan Pearson Edexcel International 'A' Level Physics.
Dengan menerima salah satu daripada anugerah ini, Wesley telah menunjukkan prestasi yang cemerlang terhadap ribuan pelajar lain yang telah mengambil subjek yang sama di negara ini dan di seluruh dunia. Wesley juga merupakan salah seorang pelajar JIS yang berpencapaian tinggi dalam 'A' Level, mencapai 4 Gred A* dalam keputusan peperiksaannya pada tahun 2023.
“Kami amat berbangga dengan Wesley dan saya tahu bahawa keputusannya akan membentuk asas yang kukuh untuk masa depannya. Tahniah saya ucapkan kepada Wesley dan keluarganya," ujar Pengetua JIS, Nicholas Sheehan mengenai pencapaian tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Sekolah Antarabangsa Jerudong
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]