FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Ibte- Brunei Lng Meterai Mou Pembangunan Kompetensi Kemahiran Teknikal


Azmah Haji Ahad

 


 January 24th, 2024  |  07:43 AM  |   2437 views

JERUDONG

 

 Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bersama Brunei LNG Sdn. Bhd. (Brunei LNG) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama bagi pembangunan kompetensi kemahiran teknikal dan juga penggunaan kemudahan IBTE bagi tujuan program latihan kedua-dua pihak bertempat di Bengkel Mekanikal, IBTE Kampus Sultan Bolkiah, Seria.

 

Hadir menyaksikan majlis yang berlangsung di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Brunei berkenaan, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

 

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan, Pemangku Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Dayang Hajah Melissa binti Haji Zainal Abidin menjelaskan bahawa penandatanganan MoU berkenaan dengan IBTE merupakan langkah penting dalam memajukan Wawasan Brunei 2035.

 

Menurutnya lagi, selain daripada memberi peluang pekerjaan, kerjasama berkenaan juga memfokuskan kepada penyertaan aktif sebagai Jawatankuasa Penilai dan Pembangunan Program (Programme Development and Evaluation Committee, PDEC) dan menyelaraskan kurikulum dengan keperluan industri.

 

"Kami menjangkakan akan memberi manfaat kepada lebih daripada 700 pelajar dan juruteknik menjelang 2035, membentuk tenaga kerja mahir untuk industri tenaga Negara Brunei Darussalam.

 

"Ini menegaskan komitmen kami untuk mengekalkan dan meningkatkan perkongsian kami yang berjaya, menyumbang kepada kemajuan negara kita melangkaui 2035.

 

"Kami berterima kasih kepada IBTE atas kepercayaan mereka dan menantikan masa depan yang menarik bersama-sama di Brunei LNG," ujarnya lagi.

 

Pada majlis berkenaan, menandatangani bagi pihak IBTE ialah Pengarah Pendidikan Teknik / Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr. Haji Mohd. Zamri bin Haji Sabli, dan Pengetua Pusat IBTE, Dr. Suhaimi bin Haji Abdul Wahab.

 

Manakala bagi pihak Brunei LNG ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Dayang Hajah Melissa, dan Pengurus Sumber Manusia, Perhubungan Luar, Hartanah dan Kemudahan Brunei LNG, Dayang Mizan Adiliah binti Haji Mohamad Deli.

 

MoU berkenaan dihasratkan untuk kedua-dua belah pihak berkolaborasi bagi penggunaan kemudahan latihan IBTE bertempat di Bengkel Mekanikal, IBTE Kampus Sultan Bolkiah bagi menjalankan program latihan HNTec in Mechanical Engineering, program latihan Engineering Technician Progression Scheme (ETPS), dan lain-lain program latihan pada masa akan datang.

 

Selain itu, ia juga dihasratkan agar kedua-dua belah pihak untuk saling membantu dalam memberikan latihan pembangunan kemahiran kepada para pelatih IBTE dan Brunei LNG termasuk latihan industri yang dipersetujui bersama.

 

MoU berkenaan juga membolehkan pertukaran ilmu dan pembangunan kompetensi kemahiran pelatih antara IBTE dan Brunei LNG agar kedua-dua belah pihak dapat saling membantu dalam memberikan latihan pembangunan kemahiran kepada para pelatih IBTE dan Brunei LNG.

 

Kedua-dua belah pihak juga akan bersetuju dalam penyediaan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi tujuan latihan di IBTE Training Facility.

 

Brunei LNG juga adalah salah satu rakan industri IBTE yang membantu memperkembangkan dan menilai program-program IBTE melalui BLNG Learning and Development Department agar program-program IBTE yang berkaitan memenuhi syarat-syarat dan keperluan industri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48