FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


372 Pelajar Baharu SMALHB Mulakan Sesi Pengajian


Jabatan Pengajian Islam

 


 January 25th, 2024  |  07:23 AM  |   2590 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Seramai 372 pelajar baharu yang terdiri daripada 182 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan pagi tadi memulakan sesi pengajian di peringkat Pra U1 di Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) bagi sesi akademik 2024/2025.

 

Daripada jumlah keseluruhan pelajar berkenaan, seramai 177 pelajar mengikuti jurusan Syariah; 120 pelajar mengikuti dalam jurusan Usuluddin; 31 pelajar mengikuti jurusan Lughah; dan 44 pelajar mengikuti jurusan Umum.

 

Majlis pendaftaran diisikan dengan sesi acara keagamaan yang berlangsung di Surau At-Taqwa dan diikuti dengan kata alu-aluan oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Dayang Hajah Azizah binti Haji Mohammad, dan diteruskan dengan sesi suai kenal dan taklimat oleh pihak sekolah.

 

SMALHB merupakan satu-satunya institusi pra universiti Arab sebelum para pelajar melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, iaitu ke peringkat universiti.

 

Menurut Awang Muhammad Qahir bin Haji Rosley, pelajar Pra U2 jurusan Usuluddin, juga Yang Di-Pertua Majlis Pelajar SMALHB 2023/2024, beliau menjelaskan selain pembelajaran formal dalam kelas, mereka juga berpeluang untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kokurikulum, di samping menjalin hubungan silaturahim sesama rakan seperjuangan.

 

Sementara itu salah seorang pelajar Pra U1 jurusan Umum 2, Dayangku Nurul Fadhlina Natasya binti Pengiran Haji Shahril Azman pula menyatakan rasa kegembiraan beliau diterima masuk ke SMALHB.

 

"Alhamdulillah, setentunya saya berasa sangat gembira memasuki sekolah yang berprestij ini dan diterima masuk ke jurusan Umum 2, ini merupakan salah satu impian terbesar saya," jelasnya.

 

Manakala Awang Ahmad Sa'ed bin Haji Muhammad Bahrin, pelajar Pra U1 jurusan Syariah pula melahirkan harapan untuk belajar ilmu Syariah secara mendalam lagi dan berharap pada suatu hari nanti beliau akan mendapatkan biasiswa untuk menyambung belajar di Mesir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Pengajian Islam

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48