FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Bersatu Padu Memajukan Bola Sepak Negara


Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam

 


 January 29th, 2024  |  07:50 AM  |   10008 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) yang baru dilantik perlu memainkan peranan dengan berkesan dalam menerajui bidang tugas di samping memberi komitmen untuk membantu memudahkan segala perancangan dan hala tuju yang konkrit dan efisien.

 

Semua ahli EXCO perlu melaksanakan tanggungjawab yang terbaik untuk meningkatkan dan memajukan bola sepak di negara ini. Oleh itu, kita semua adalah pemegang dan pelaksana amanah.

 

Perkara tersebut ditekankan oleh Presiden FABD, Awang Haji Feisal bin Haji Mohd. Eusoff pada Mesyuarat EXCO yang berlangsung di FABD House, Berakas, baru-baru ini.

 

Mesyuarat berkenaan, menurutnya, adalah detik permulaan semua ahli untuk mengutarakan perbincangan secara terbuka dengan semangat sebagai sebuah keluarga besar atas prinsip EXCO yang bercita-cita tinggi.

 

“Para ahli bersama-sama mempadukan buah fikiran yang positif, bernas dan berfaedah ke arah membentuk penyelesaian dan formula yang akan dapat mendorong FABD dan bola sepak negara ke hadapan," tambahnya.

 

Beliau menekankan agar semua ahli bersama-sama berganding bahu dan berusaha dengan ikhlas dan jujur ke arah kecemerlangan dan mempertahankan prinsip-prinsip tadbir urus yang terbaik.

 

Beliau yakin segala cadangan dan formula yang dibentangkan telah diambil kira dan menjadi landasan yang kuat untuk membawa FABD ke satu era yang diharapkan termasuk 'stakeholder', para pemain bola sepak, peminat bola sepak dan seluruh masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang ingin melihat bola sepak mencapai era kegemilangan.

 

Mesyuarat juga menyaksikan lantikan jawatankuasa tetap kepada semua ahli yang diharap akan membantu dan selaku pemudah cara dalam kelancaran segala program dan aktiviti FABD.

 

 Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Pemangku Setiausaha Agung FABD, Ahmad Za'eem bin Omarali dan juga dihadiri oleh Timbalan Presiden, Haji Mahrub bin Haji Murni.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07