FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Mother Pleads For Ceasefire Deal           >>           Russia Flaunts Western Military Hardware Captured In War In Ukraine           >>           Imagine Football Fiesta Match           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Jerayawara Bariga Maklumat Asas ASEAN


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 February 4th, 2024  |  07:59 AM  |   2606 views

TEMBURONG

 

 Dalam hasratnya untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN bagi kepada 139 pelajar Tahun 9 Sekolah Menengah Sultan Hassan bertempat di bilik persidangan sekolah berkenaan.

 

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

 

Dalam masa yang sama, ia dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara pada satu masa nanti.

 

Taklimat Jerayawara Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

 

Kuiz ASEAN juga turut diadakan untuk mengenal pasti sejauh mana pelajar-pelajar mengetahui mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan ini dalam membangun negara-negara anggotanya.

 

Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih 'We ASEAN' yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN (ASEAN Member States), kalendar ASEAN, galeri gambar dan video.

 

Aplikasi ini merupakan salah satu projek di bawah SCI ASEAN-COCI. Ia boleh dimuat turun melalui Google Play bagi pengguna Android and App Store bagi pengguna iOS. Turut hadir pada jerayawara tersebut, Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Ziad bin Haji Kula, tenaga pengajar sekolah berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47