FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Perkasa Pendidikan Teknologi Bagi Pembangunan Kapasiti Digital


Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam

 


 February 8th, 2024  |  08:19 AM  |   2808 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum dengan kerjasama Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Akhir Projek Rintis 'Coding with Smart Devices for Government Schools' bertempat di Dewan Puteri, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI).

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Md Salleh bin Haji Othman selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif, AITI, Ir. Awang Haji Jailani bin Haji Buntar; Pengarah Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Ali Hamdani bin Haji Muhammad Diah; pegawai-pegawai kanan serta pemimpin-pemimpin sekolah.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa.

 

Ketua Eksekutif, AITI, Ir. Awang Haji Jailani dalam ucapan alu-aluannya menggariskan Coding dan 'computational thinking' merupakan kemahiran yang amat integral dan penting, selaras dengan era pendigitalan, yang membolehkan pelajar-pelajar mengkonseptualisasikan, memahami dan menggunakan teknologi komputer untuk menyelesaikan masalah.

 

“Kemahiran seumpama ini sangatlah berpotensi bagi negara melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja di kalangan 'software developers', 'artificial intelligence engineers', 'robotics engineers' dan data 'scientists' yang diperlukan di pasaran masa kini dan masa hadapan," tambahnya.

 

Dengan sokongan padu dari pihak-pihak yang berkepentingan, jelasnya, pihak AITI akan terus komited dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif pembangunan kapasiti digital pada masa akan datang.

 

Beliau turut menekankan, pekerjaan-pekerjaan pada masa depan akan bergantung kepada penyelesaian digital dan teknologi, adalah penting bagi usaha ini diteruskan dengan memperluaskan program pengekodan dan pemikiran komputasional dari pendidikan awal kanak-kanak lagi, bagi membentuk generasi baru yang mahir dalam pengunaan digital dan untuk memenuhi keperluan kemahiran tersebut pada masa kini dan masa depan.

 

Majlis diteruskan dengan perkongsian mengenai dengan hasil projek rintis yang disampaikan oleh Pengarah Syarikat FutureChamp, Wong Teck Sion selaku Fasilitator Projek.

 

Seterusnya, tetamu kehormat dijemput bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan akhir 'Coding with Smart Devices for Government School'.

 

Muncul juara bagi Kategori Ring:bit (Sekolah Rendah) disandang oleh Team Kembayau dari Sekolah Rendah Rimba III; Tempat Kedua dimenangi oleh Team NetZen dari Sekolah Rendah Katok 'A' dan Tempat Ketiga diberikan kepada Microkids dari Sekolah Rendah Mabohai.

 

Sementara Kategori Maqueen (Sekolah Menegah) dimenangi oleh Team Delite dari Sekolah Menengah Menglait, Gadong); Tempat Kedua diberikan kepada Team Robotech dari Sekolah Menengah Menglait, Gadong dan Tempat Ketiga diraih oleh Team Ranch dari Sekolah Menengah Tạnjong Maya, Tutong.

 

Sejurus selepas penyampaian hadiah, tetamu kehormat kemudiannya meneruskan lawatan ke demonstrasi penggunaan alat-alat peranti pintar yang dihasilkan oleh para pemenang.

 

Projek Rintis Coding with Smart Devices ini merupakan salah satu usaha sama Kementerian Pendidikan dan AITI untuk meningkatkan kemahiran pengekodan dan pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran menggunakan alat peranti pintar, iaitu Bee-Bot dan Micro:bit.

 

Projek tersebut telah bermula pada bulan Julai 2023 di mana pada keseluruhannya, melibatkan seramai 35 guru dan 195 pelajar Tahun 4, 5, 7 dan 8 dari empat sekolah rendah dan empat sekolah menengah kerajaan yang terpilih.

 

Pada penghujung projek ini, satu pertandingan telah diadakan untuk menilai tahap kefahaman para pelajar di dalam pembelajaran menggunakan alat peranti pintar berkenaan.

 

Pertandingan akhir yang diadakan pada awal pagi tadi telah disertai oleh 12 buah kumpulan dari sekolah rendah dan 12 kumpulan dari sekolah menengah yang terlibat.

 

Dengan adanya program-program kemahiran ini, adalah diharap ia dapat mendorong dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta minat para pelajar untuk berkecimpung dalam bidang ICT khususnya dalam kemahiran pengekodan.

 

Pihak AITI akan terus mendukung perkembangan negara di dalam sektor ICT melalui pembangunan kapasiti digital dalam kalangan rakyat dan perniagaan, khususnya di dalam kemahiran dan keupayaan digital baharu agar negara dapat terus berdaya saing dan menyumbang secara berkesan dalam ekonomi digital di era Revolusi Industri 4.0.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47