Home > Sports
FABD Bincang Kemajuan Bola Sepak
Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam
February 10th, 2024 | 07:34 AM | 8600 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Awang Haji Feisal bin Haji Mohd. Eusoff telah mengadakan perbincangan dan berkongsi pandangan dengan rakan-rakan sejawatnya dalam Pertubuhan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semasa berada di Doha, Qatar, baru-baru ini.
Beliau berada di sana sebagai jemputan rasmi daripada AFC sempena Perlawanan Peringkat Akhir Kejohanan Bola Sepak AFC Qatar 2023.
Awang Haji Feisal juga berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama Presiden Pertubuhan Persekutuan Jepun (JFA), Kozo Tashima di Stadium Ahmad bin Ali sebelum menyaksikan Perlawanan Peringkat Separuh Akhir AFC Qatar 2023 di mana Jordan bertemu dengan Republik Korea.
Selain itu, beliau juga mengadakan perbincangan dan berkongsi buah fikiran bersama perwakilan FIFA yang beribu pejabat di Qatar iaitu Lavin Vignesh J.
Semasa perjumpaan tersebut, Awang Haji Feisal berkongsi maklumat mengenai perkembangan bola sepak di Negara Brunei Darussalam dan berbincang mengenai program-program FABD, peruntukan, prasarana di samping kejohanan bola sepak peringkat akar umbi (grassroot) dan bola sepak wanita.
Perjumpaan yang berlangsung di Ibu Pejabat FIFA Qatar itu turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD, Pengiran Jamilah binti Pengiran Haji Zainin dan Dayang Juliyani binti Haji Mohammad.
Sementara itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Qatar, Tuan Yang Terutama Haji Mohamed Bahrin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar juga telah menerima kunjungan daripada Presiden FABD pejabat kedutaan berkenaan di Doha, Qatar.
Presiden FABD juga menyampaikan hasrat bagi memohon kerjasama pihak Kedutaan Brunei Darussalam dalam menyokong hasrat FABD dalam mengembangluaskan dan kerjasama di antara FABD dan Qatar amnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]