Home > School
Persembahan Tarian Singa Pukau Penonton
Hernie Suliana Haji Othman
February 13th, 2024 | 06:20 AM | 2986 views
TUTONG
Chung Hwa School Kiudang (CHSK) pagi tadi mengadakan Persembahan Tarian Singa sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung di sekolah berkenaan, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.
Atur cara dimulakan dengan persembahan Tarian Singa yang menarik dan bertenaga daripada Persatuan Amal Unity yang turut disertai oleh penuntut CHSK dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Semasa persembahan tersebut, para tetamu berpeluang untuk berinteraksi dan memberikan sampul merah kepada kumpulan penari berkenaan yang mengelilingi perkarangan sekolah.
Acara antara lain diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina, selain untuk memperkenalkan budaya tarian singa kepada masyarakat.
Juga hadir, para ibu bapa /penjaga pelajar, guru-guru, lembaga-lembaga pengelola sekolah dan masyarakat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pg. Syiaruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]