Home > In The Court
Pekerja Asing Disiasat Guna Pas Lawatan
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
February 14th, 2024 | 07:43 AM | 5543 views
BELAIT
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) melalui Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, Cawangan Kuala Belait (KB) melaksanakan satu operasi penguatkuasa undang-undang di bawah Operasi Kabat JIPK 2024 yang menyasarkan kepada sebuah kedai runcit di Mukim KB.
Dalam operasi berkenaan, pemeriksaan telah pun dilaksanakan kepada lima warga asing.
Salah seorang daripadanya telah pun ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-undang bagi siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4), Peraturan Imigresen, Penggal 17, iaitu bekerja menggunakan Pas Lawatan.
Bagi maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen, JIPK mengalu-alukan orang ramai untuk menghubungi talian Hotline JIPK di talian +673 8734888 / +673 8753888 (Bandar Seri Begawan) / +673 8984111 (KB).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]