FacebookInstagramTwitterContact

 

Netherlands Bowl And Bring In Aryan Dutt; Bangladesh Unchanged           >>           USMNT's Copa América Prep Ends With A Step In The Right Direction           >>           Edin Terzić Leaves Dortmund After Champions League Final Run           >>           USMNT Gets Copa America Momentum Back With Brazil Draw           >>           Lionel Messi Rules Out Playing 2024 Olympics With Argentina           >>           Musk Says Tesla Investors Backing Pay Deal           >>           US Widens Russia Sanctions In Banking Crackdown           >>           US Fed Pencils In One Interest Rate Cut This Year           >>           Where Does SNP Claim Of £18bn Cuts Under Labour Come From?           >>           EU Threatens China Evs With Tariffs Of Up To 38%           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Ke Arah Meningkatkan Pembangunan Sosioekonomi, Kesejahteraan Rakyat


Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 February 16th, 2024  |  08:01 AM  |   177 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bersabda menzahirkan hasrat bagi yayasan berkenaan akan terus proaktif, kreatif dan adaptif dalam merencanakan dan melaksanakan projek serta program baharu yang lebih memberikan impak yang positif terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat ke arah mencapai matlamat bagi memperkasa 'Masyarakat Mandiri'.

 

Dalam sabdanya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik melahirkan rasa gembira mengetahui yayasan tersebut sedang giat melaksanakan Pelan Strategik YSHHB 2020 - 2025,

 

"Ke arah itu, saya ingin mendapatkan penerangan lanjut mengenai pencapaian, hasil dan perkembangan terkini mengenai pelaksanaan Pelan Strategik berkenaan, sesuai dengan sifatnya sebagai 'living document', yang perlu sentiasa di'review' bagi memastikan ianya tetap relevan dengan perkembangan dan keadaan semasa," sabda Duli Yang Teramat Mulia.

 

DYTM bersabda demikian pada Mesyuarat Jemaah Tadbir YSHHB Kali Ke-1 bagi tahun 2024 yang berlangsung di Bilik At-Taqwa, Kompleks Bangunan YSHHB, Dewan An-Naura, di ibu negara.

 

"Di kesempatan ini, saya juga ingin mengetahui mengenai status perkembangan beberapa projek utama Yayasan Paduka Ayahanda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat terdahulu.

 

"Pertama, mengenai Kompleks Yayasan Paduka Ayahanda yang dikendalikan pengurusannya di bawah Syarikat Wadah Amal Sendirian Berhad.

 

"Saya difahamkan masih terdapat banyak ruang-ruang komersil yang kosong. Oleh itu, apakah usaha dan strategi pemasaran yang akan diambil dalam mengisikan ruang-ruang kosong berkenaan?" soal Duli Yang Teramat Mulia dalam sabdanya.

 

Mengenai Kampung Bolkiah pula, DYTM bersabda difahamkan bahawa kerja-kerja pembaikan rumah telah dapat dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan.

 

Selain dari itu, DYTM bersabda mempersoalkan mengenai langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan untuk membantu para penduduk kampung berusaha ke arah menjana aktiviti perekonomian, di samping meningkatkan 'sense of belonging' dalam sama-sama menjaga keharmonian dan keselamatan kampung berkenaan.

 

"Ketiga, Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Paduka Ayahanda. Galeri berkenaan nampaknya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan mencatatkan ramai pengunjung.

 

"Saya ingin mengetahui apakah perancangan jangka sederhana dan panjang bagi meningkatkan penglibatan Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam berkenaan di arena serantau dan antarabangsa, khususnya dalam melahirkan tenaga Pusat yang berkemahiran dan berwibawa dalam bidang kesenian dan kaligrafi Islam," jelas DYTM dalam sabdanya.

 

Terdahulu, DYTM bersabda merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya Ahli-ahli Jemaah Tadbir dapat hadir di Mesyuarat Jemaah Tadbir YSHHB Kali Pertama bagi Tahun 2024 pada pagi ini setelah lebih tiga tahun tertangguh disebabkan penularan Wabak COVID-19.

 

DYTM turut bersabda menyampaikan ucapan tahniah atas lantikan baharu Ahli-ahli Jemaah Tadbir yang bermula pada 13 Mac 2023.

 

"Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli yang tempoh lantikan telah berakhir, atas khidmat bakti mereka dalam menyumbangkan buah fikiran dan idea-idea yang bermanfaat dan berguna demi kepentingan Yayasan Paduka Ayahanda.

 

"Yayasan Paduka Ayahanda ini telah mencapai usia tiga dekad dan telah pun menempuhi beberapa fasa peningkatan dan perkembangan ke arah meningkatkan dan merangsang pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini, selaras dengan dasar dan matlamat asal penubuhannya," sabda DYTM.

 

Bagi mengakhiri sabda, DYTM mengajak para hadirin untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Paduka Ayahanda bagi yang dikasihi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan berkat amal kebajikan jariah baginda melalui Yayasan baginda berkenaan, akan terus dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan berada dalam perlindungan-Nya serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

BTS' Jin To Hug 1,000 Fans As He Returns From Army

 2024-06-13 00:23:13

Musk Says Tesla Investors Backing Pay Deal

 2024-06-14 01:47:19