FacebookInstagramTwitterContact

 

Marco Reus Buys Beer For All Dortmund Fans At Farewell Game           >>           Slisz's 1st Career Goal Gives Atlanta Draw With Nashville           >>           Atalanta Seal UCL Place, Seek To End Leverkusen Run In UEL Final           >>           Chelsea Crowned WSL Champions After Crushing Man United           >>           Emma Hayes Ends Chelsea Reign With 5th Successive WSL Title           >>           How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Daerah Belait Kibarkan Bendera Kebangsaan


Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 


 February 17th, 2024  |  07:35 AM  |   67 views

BELAIT

 

Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-40 Tahun bagi Daerah Belait diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait (KB).

 

Hadir menyaksikan upacara berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

 

Majlis dimulakan dengan kehadiran pembawa bendera NBD yang disambut oleh penuntut yang memegang bendera terdiri daripada pasukan kadet dan pengakap dari Pusat Tingkatan Enam (PTE) Belait, Sekolah Menengah Perdana Wazir, Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Maktab Anthony Abel dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah.

 

Sebaik sahaja pembawa bendera tiba, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Akup bin Haji Lamat.

 

Pemangku Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan bendera kepada Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan KB untuk dikibarkan.

 

Upacara Menaikkan Bendera NBD diiringi dengan lagu 'Allah Peliharakan Sultan'. Selepas bendera dikibarkan, acara diteruskan dengan persembahan lagu 'Bendera Negara' dan 'Berkibarlah Bendera' daripada kumpulan koir dari PTE Belait.

 

Selesai sahaja persembahan, Pemangku Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera-bendera NBD kepada Penghulu-Penghulu dan Pemangku-pemangku Penghulu Mukim di Daerah Belait serta wakil daripada persatuan-persatuan untuk dikibarkan.

 

Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan NBD ialah mengibarkan bendera kebangsaan NBD di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol patriotik kepada negara dan taat setia ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

Hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, ketua-ketua jabatan dan cawangan Daerah Belait, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung, pihak-pihak swasta serta ahli-ahli persatuan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48