Home > Bahasa Melayu
Gleneagles JPMC Anjur Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina
Alisahrin Haji Mumin
February 22nd, 2024 | 08:35 AM | 432 views
MANGGIS
Kiri-kira 400 tetamu dan kakitangan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) diraikan hari ini pada acara Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang berlangsung di Emperor’s Court, Manggis Mall, di sini.
Hadir ke majlis tersebut, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan kerajaan; Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan Duta-duta ke Negara Brunei Darussalam; pemegang korporat yang berkepentingan dan kakitangan yang lain.
Majlis tersebut dihoskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay selaku tuan rumah bagi pihak Gleneagles JPMC dan Pengurusan Gleneagles JPMC.
Acara berkenaan diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, dan juga untuk membina hubungan dengan pihak berkepentingan luar dan kakitangan Gleneagles JPMC.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Haniza Abdul Latif
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]