FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berangkat Hadiri Upacara Pengebumian Negeri


Mohamad Azmi Awang Damit

 


 February 23rd, 2024  |  08:39 AM  |   376 views

KUCHING

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat ke Kuching, Sarawak, Malaysia untuk menghadiri Upacara Pengebumian Negeri bagi Allahyarham Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Sejurus keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Yang Berhormat Dato Paduka Seri Laila Jasa Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan selaku Menteri Pengiring dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin.

 

Di Masjid Demak, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

 

Kebawah DYMM kemudian menunaikan Solat Fardu Zuhur dan Solat Jenazah Berjemaah bagi Allahyarham Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud. Jenazah Allahyarham kemudian disemadikan pada upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Demak Jaya.

 

Dilahirkan pada tanggal 21 Mei 1936 di Miri, Allahyarham Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud kembali ke rahmatullah pada awal pagi Rabu, 21 Februari 2024 di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.

 

Kebawah DYMM berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada Allahyarham, antaranya Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama pada 14 Ogos 2014 dan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia (S.P.M.B.) Darjah Pertama yang membawa gelaran Dato Seri Paduka pada 3 September 1989.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47