FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berangkat Ke Majlis Kesyukuran Sempena HK NBD Ke-40


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 February 23rd, 2024  |  08:46 AM  |   501 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bersempena dengan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam (NBD) yang Ke-40 ini, mohon supaya Tuhan kami kekalkan negara kami, sepertimana yang dimasyhurkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk selama-lamanya menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Mohon Ya Allah supaya menjadikan kami dan seluruh rakyat negara ini bersatu padu dan istiqamah dalam mendukung dan menyokong pemasyhuran baginda itu.

 

Mohon supaya diberkati kemerdekaan negara kami, dengan seluruh generasi sambung-bersambung mendukung, menanai dan mengisinya dengan bakti suci berupa khidmat membangun, memelihara dan mempertahankannya.

 

Demikian antara inti pati doa kesyukuran yang dipanjatkan seluruh umat Islam di negara ini bersempena dengan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40, Tahun 2024 dengan tumpuan utama di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara hari ini.

 

Berangkat menyertai para jemaah di sini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Juga berangkat ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Doa yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar selanjutnya menyatakan mohon, supaya disatukan semangat dan hati-hati kami, diluruskan jalan menuju keselamatan dan kemakmuran, dihias dengan keberkatan rahmat yang dipanjangkan, yang dinikmati oleh negara, khasnya oleh raja kami yang kami kasihi dan rakyat serta penduduk sekalian.

 

"Bantulah kami dan generasi penerus kami supaya istiqamah menjadi umat yang beriman, bertakwa dan kuat berpegang pada agama dalam membangun dan memajukan negara kami, semoga dengan keimanan dan ketakwaan itu negara kami berterusan mendapat rahmat dan berkat daripada-Mu dan menjadi sebuah negara yang aman sejahtera dan mendapat pengampunan tuhan.

 

"Lindungilah kami Ya Allah! raja kami, negara kami dan sekalian rakyat jelata serta penduduk, dari segala bala bencana, penyakit berjangkit dan pelbagai wabak.

 

"Sihatkan tubuh badan kami, kuatkan fizikal dan rohani kami untuk berkhidmat kepada agama, kepada raja dan negara.

 

"Jauhkan kami daripada segala anasir jahat yang boleh menganggu-gugat keamanan negara kami," doa dipohonkan.

 

Terdahulu, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta paduka-paduka anakanda baginda dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar;  Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad, selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun HK Ke-40, Tahun 2024; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Sembahyang Fardu Maghrib diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim yang juga mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat.

 

Setelah itu, Kebawah DYMM bersama para jemaah juga membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai dan juga Doa Kesyukuran yang dikepalai oleh Yang Berhormat Pehin.

 

Sebelum berangkat meninggalkan Majlis, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah yang hadir.

 

Kemuncak Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40, Tahun 2024 akan berlangsung pada Sabtu ini dengan tema 'Bersatu Mencapai Cita Negara' memberikan pandangan menyeluruh tentang semangat kebangsaan, kemerdekaan, dan aspirasi pembangunan negara.

 

Tema berkenaan juga mengingatkan betapa pentingnya kerjasama dengan pendekatan seluruh negara (Whole-of- Nation Approach) untuk kemajuan negara dan keselamatan dunia dan akhirat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47