FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Kemerdekaan Mesti Dipertahankan


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 February 23rd, 2024  |  08:57 AM  |   656 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Nikmat 40 tahun kemerdekaan yang kita sambut pada hari ini merupakan kurnia Allah Subhanahu Wata'ala melalui usaha dan perjuangan generasi masa kini dan orang-orang sebelum kita.

 

Pengertian kemerdekaan merangkumi aspek-aspek kebebasan dan pencapaian hidup harmoni, Inilah pengertian sejati kemerdekaan itu.

 

Kerana itu, kemerdekaan mesti dipelihara, ditanai dan dipertahankan demi kesucian agama dan kedaulatan bangsa, negara dan raja.

 

Demikian antara petikan Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi, di Istana Nurul Iman, di sini.

 

Ini semua tegas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memerlukan adanya perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat jelata, selaku tunjang ketahanan dan keutuhan negara.

 

“Alhamdulillah, sejak empat dekad kemerdekaan, negara telah meraih pelbagai pencapaian bermakna, dalam banyak bidang. Ini terbukti, apabila negara beroleh kedudukan yang tinggi dalam laporan Human Development Index (HDI) pada tahun 2021, yang meletakkan Negara Brunei Darussalam (NBD) di tangga ke-51 daripada 191 buah negara," jelas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

Jelas Kebawah DYMM lagi, dari petunjuk terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut yang mengukur taraf kehidupan dan ekonomi, maka dapatlah kita menterjemahkannya sebagai keberhasilan usaha negara dalam meningkatkan jangka hayat penduduk, kemahiran dan pendidikan serta kualiti kehidupan, selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG) dan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.

 

Ia juga menurut baginda dikaitkan dengan keberkesanan inisiatif-inisiatif di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) yang telah banyak menyumbang kepada pencapaian-pencapaian penting.

 

“Sehubungan ini, Kerajaan beta akan terus memberikan tumpuan kepada projek-projek strategik RKN, khususnya di bidang yang berkaitan dengan transformasi digital, yang mampu untuk memberikan impak positif dan signifikan kepada kesejahteraan rakyat dan penduduk," titah Kebawah DYMM lagi.

 

Ini termasuklah, tegas baginda penekanan untuk meningkatkan kapasiti tenaga kerja, daya inovasi dan tahap produktiviti negara serta peluang- peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.

 

Terdahulu dalam titah, Kebawah DYMM merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas limpah rahmat-Nya jua, kita dapat meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-40 Tahun pada tahun ini yang bertemakan "Bersatu Mencapai Cita Negara".

 

Di akhir titah, baginda sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk peserta, petugas dan ahli-ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-40 pada tahun ini.

 

“Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini ditujukan kepada semua lapisan rakyat dan penduduk, warga Perkhidmatan Awam termasuk mereka yang bertugas di luar negara, Pasukan-pasukan Keselamatan, para sukarelawan dan belia serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta dengan iringan doa semoga kita dan negara akan sentiasa berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala," titah baginda lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nur Amalia Alisha Daud

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47