FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Weekend Food Fiesta Peluang Nikmati Pelbagai Hidangan


Jabatan Kemajuan Pelancongan

 


 February 24th, 2024  |  07:40 AM  |   105 views

JERUDONG

 

Acara Brunei Gastronomy Festival (BGF) 2024 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-40 bermula hari ini dengan penganjuran Weekend Food Fiesta yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini hingga Ahad, 25 Februari 2024 bertempat di Wonderpark Colonnade, Jerudong Park Playground.

 

Lebih 20 syarikat dan pengusaha makanan menyertai acara Weekend Food Fiesta yang dianjurkan oleh Jerudong Park Country Club Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP), Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sempena BGF 2024.

 

Lebih 20 syarikat dan pengusaha makanan mengambil bahagian yang menjual pelbagai produk makanan dan minuman tempatan untuk orang ramai.

 

Acara berkenaan dimeriahkan lagi dengan adanya aktiviti-aktiviti menarik seperti permainan kanak-kanak dan beberapa pertandingan antaranya 'Teh Tareeeekk Competition' dan 'Nasi Katok Competition'

 

BGF yang sebelum ini dikenali Brunei Gastronomy Week merupakan acara tahunan JKP yang diadakan sempena memperingati Sambutan Ulang Tahun HK NBD.

 

Pada tahun ini, penganjuran BGF 2024 adalah lebih meluas dan meliputi pelbagai jenis makanan tempatan yang berkonsepkan street food hingga bertaraf fine-dining.

 

Sempena BGF 2024 berkenaan, orang ramai berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis promosi makanan daripada restoran-restoran, kafe dan para pengusaha makanan dan minuman tempatan yang mengambil bahagian.

 

Beberapa promosi menarik juga boleh didapati di aplikasi dan laman sesawang 'gomamam'.

 

Selain itu, beberapa acara menarik juga turut diadakan sepanjang BGF 2024 untuk kunjungan dan penyertaan orang ramai sama ada dewasa mahupun kanak-kanak, antaranya Culinary Workshop anjuran Laksamana College of Business; Kids Cooking Class dan Degustation Menu anjuran Radisson Hotel Brunei Darussalam dan In:STALL Pop Up Market anjuran Futurebrands Sdn. Bhd.

 

JKP adalah dengan ini mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi memeriahkan lagi acara BGF 2024 yang berlangsung sehingga 23 Mac 2024, terutama para penggemar makanan yang berhasrat untuk mendapatkan pengalaman gastronomi yang menarik di dalam negara bersama keluarga dan rakan.

 

Bagi sebarang maklumat terkini mengenai acara BGF 2024, sila layari laman sesawang www.bruneitourism.com/bgf/ atau kunjungi Instagram @bruneigastronomyfest.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Kemajuan Pelancongan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10