FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BDCB Lancar 3 Produk Duit Syiling Kenang-Kenangan


Hernie Suliana Haji Othman

 


 February 24th, 2024  |  07:44 AM  |   98 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bersempena Memperingati Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) melancarkan tiga jenis produk duit syiling kenang-kenangan. Duit syiling kenang-kenangan tersebut terdiri daripada Duit Syiling Emas; Duit Syiling Perak dan Duit Syiling Kupronikel.

 

Perkara demikian dikongsikan oleh Pengarah Eksekutif Pengurusan Mata Wang, BDCB, Pengiran Maslina binti Pengiran Haji Mahmud semasa Sidang Media bagi Pelancaran Duit Syiling Kenang-kenangan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-40 Negara Brunei Darussalam berlangsung di Bangunan Brunei Currency and Monetary Board (BCMB), Kompleks Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, baru-baru ini.

 

“Muka hadapan ketiga-tiga duit syiling ini memaparkan wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menggambarkan kehebatan pemimpin yang berwibawa dan perkasa," ujarnya.

 

Manakala jelasnya, reka bentuk muka belakang bagi duit syiling itu pula menggambarkan Taman Mahkota Jubli Emas bagi menggambarkan simbol keharmonian, ketenangan dan kedamaian iaitu di antara mercu tanda yang signifikan dan telah mengubah landskap Bandar Seri Begawan menjadi bandar moden, eksklusif di sekitar ibu kota yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan pelancong asing.

 

Menurutnya, reka bentuk duit syiling kenang-kenangan itu telah direka oleh Pereka bentuk dari Unit Seni Lukis, Reka Bentuk dan Fotografi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Abdul Ajihis bin Haji Terawih.

 

Dari segi komposisi tambahnya lagi, Duit Syiling Emas diperbuat daripada 999.9 emas, dengan berat 31.1 gram, Duit Syiling Perak diperbuat daripada 999 perak, dengan berat 31.1 gram dan Kupronikel, seberat 28 gram.

 

Pengiran Maslina seterusnya mengongsikan harga bagi setiap duit syiling tersebut iaitu Duit Syiling Emas, dengan nilai muka BND400, dijual pada harga BND4,000, Duit Syiling Perak dengan nilai muka BND40 dijual dengan harga BND250 manakala Duit Syiling Kupronikel dengan nilai muka BND4 dijual pada harga BND100.

 

Beliau menambah, jualan bagi duit syiling kenang-kenangan tersebut akan mula dibukakan kepada orang ramai bermula Selasa, 27 Februari 2024, dari pukul 8.30 hingga 11.30 pagi, dan sebelah petang dari pukul 2.00 hingga 4.30 petang manakala Jumaat pula, dari pukul 8.30 hingga 11.00 pagi sahaja.

 

Duit syiling kenang-kenangan tersebut boleh didapati di BDCB Currency Gift Shop, Tingkat 1, Bangunan BCMB, Kompleks Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang BDCB 'http://www.bdcb.gov.bn' atau melalui akaun Instagram BDCB '@centralbank.brunei'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48