FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Acara Menyertu Bangunan Tambahan Masjid Kampung Sungai Buloh


Kementerian Hal Ehwal Ugama

 


 February 24th, 2024  |  07:57 AM  |   107 views

SUNGAI BULOH

 

Projek tambahan bangunan Masjid Kampung Sungai Buloh pada masa ini sedang dalam perlaksanaan dan hampir siap pembinaannya.

 

Projek berkenaan telah bermula pada 23 Mei 2022.

 

Sehubungan dengan itu, acara menyertu bagi bangunan tambahan masjid berkenaan diadakan pada Khamis, 22 Februari 2024.

 

Hadir sama pada acara berkenaan, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

 

Turut hadir bagi sama-sama menyertu bangunan tambahan masjid berkenaan ialah Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU, Awang Haji Azmi bin Haji Tahir; para pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Kerja Raya dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Buloh.

 

Kapasiti bangunan tambahan Masjid Kampung Sungai Buloh berkenaan boleh menampung seramai lebih kurang 400 jemaah.

 

Antara lain kemudahan yang turut dibina adalah tempat penyempurnaan jenazah dan kemudahan bagi Orang Berkeperluan Khas.

 

Kos pembinaan tambahan bangunan masjid berkenaan berjumlah BND870,286.70 daripada peruntukan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam.

 

Dengan adanya bangunan tambahan masjid berkenaan, dapatlah menampung keramaian jemaah bagi menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat dan Sembahyang Sunat Hari Raya serta kegiatan takmir masjid.

 

Masjid berkenaan mula digunakan semula pada subuh Jumaat, 23 Februari 2024 setelah ditutup sementara selama dua bulan bermula 23 Disember 2023 bagi perlaksanaan kerja-kerja yang melibatkan bangunan asal masjid berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Hal Ehwal Ugama

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48