FacebookInstagramTwitterContact

 

Premier League CEO: Games In U.S. Not In Our 'Current Plans'           >>           Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern           >>           Hungary Opens Up To Chinese Tech Despite Protests           >>           South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Galas Amanah, Tanggungjawab Demi Kesejahteraan Orang Ramai


Marlinawaty Hussin

 


 February 25th, 2024  |  07:28 AM  |   124 views

BERAKAS

 

Di sebalik kemeriahan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 Tahun 2024, para petugas dan sukarelawan yang terlibat memainkan peranan penting bagi memastikan upacara berkenaan berjalan dengan lancar.

 

Selain menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi, para petugas dan sukarelawan juga perlu membuat persediaan lebih awal termasuk menghadiri raptai yang diadakan beberapa hari sebelum upacara berlangsung.

 

Pelita Brunei berkesempatan menemu bual beberapa petugas dan sukarelawan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, mengenai peranan mereka dalam menjayakan upacara perhimpunan agung berkenaan.

 

Bagi Jurulatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), 14859 (B) Staf Sarjan Mahadi bin Haji Osli, yang ditugaskan untuk mengawal Zon A, penglibatan warga PKBN dalam acara-acara kenegaraan, bukan sahaja sebagai peserta tetapi juga petugas dan sukarelawan, menandakan semangat patriotik warga program berkenaan.

 

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami dapat melaksanakan apa sahaja tugasan diberikan yang melibatkan acara-acara kenegaraan.

 

"Saya berharap agar penglibatan warga PKBN dalam acara-acara seperti Hari Kebangsaan ini akan dipertingkatkan agar dapat memberi khidmat yang lebih berkesan.

 

"Walau bagaimanapun, alhamdulillah, setakat ini kami dapat memastikan tugas yang diamanahkan berjalan dengan lancar," katanya.

 

Menurutnya, beliau dan warga PKBN yang lain ditugaskan di beberapa zon bagi memantau kemasukan jemputan yang dikhaskan mengikut zon masing-masing.

 

Sementara itu, Staf Jururawat / Paramedik, Pengiran Siti Hafizah binti Pengiran Haji Erwan berkata, lebih enam klinik disediakan untuk acara tersebut dan setiap klinik menempatkan kira-kira lima kakitangan termasuk doktor, jururawat dan paramedik bagi memberi bantuan sekiranya ada peserta dan pengunjung memerlukan perkhidmatan perubatan kecemasan ketika sambutan berlangsung.

 

Beliau yang telah beberapa kali bertugas sebagai paramedik di acara-acara kenegaraan itu mengongsikan bahawa kebanyakan mereka yang memerlukan perkhidmatan perubatan kecemasan adalah disebabkan tidak mengambil makanan terlebih dahulu atau kekurangan air dalam badan.

 

"Persediaan awal sangat penting sebelum mengikuti atau menghadiri acara sebegini dengan mengambil sarapan pagi walaupun cuma menu ringan, minum air yang cukup dan membawa kipas mini elektrik terutama semasa cuaca panas," katanya.

 

Salah seorang sukarelawan Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM), Izzat Nur Syazaa Najibah binti Haji Abdul Rahman menzahirkan rasa syukur kerana buat pertama kali dipilih untuk menyertai Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Menurutnya, tugas sebagai sukarelawan itu memberi peluang kepadanya untuk menimba pengalaman dalam kerja-kerja melibatkan kemasyarakatan.

 

Mengulas mengenai peranannya sebagai belia dalam aktiviti kesukarelawan di PBSM, beliau mengakui bahawa banyak kelebihan yang diperolehi dengan melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.

 

"Di samping membantu orang ramai dengan memberi pertolongan cemas ke atas mereka yang cedera atau sakit, peranan saya sebagai ahli PBSM mendorong saya untuk mencapai cita-cita sebagai seorang pakar perubatan suatu hari nanti," jelasnya.

 

Beliau menambah, lebih 100 sukarelawan PSBM terlibat dalam upacara tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-27 23:24:48