FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkukuh Pembangunan Teknologi, Kepelbagaian Industri


Khartini Hamir

 


 February 25th, 2024  |  07:32 AM  |   127 views

BERAKAS

 

Pentingnya pendidikan bagi golongan belia atau anak-anak muda itu bermula dari peringkat rendah lagi.

 

Memasuki usia dewasa, Brunei menuju ke arah kemajuan dan berpendidikan tinggi di samping negara juga tidak ketinggalan turut memasuki era industri 4.0 di mana negara menerapkan teknologi, pendidikan serta kemajuan dari segi perniagaan bagi menuju mencapai Wawasan Negara 2035.

 

Pensyarah dari Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (International Graduate Studies - IGS), Awang Abdul Hadi bin Haji Roseli semasa ditemu bual bersama Pelita Brunei pada Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, menjelaskan dalam mencapai hasrat tersebut, negara perlu berkembang maju dari segi ekonomi, infrastruktur, pendidikan, kepelbagaian industri dan para belianya juga perlu sentiasa memberikan yang terbaik dengan menceburi bidang-bidang yang diyakini mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

 

Tambahnya lagi, bidang industri juga pada masa kini giat menuju ke arah penggunaan Artificial Intelligence (AI), jadi kita perlu sama-sama maju seiring dengan arus kemodenan teknologi itu sendiri, memantapkan kemahiran diri, bersaing secara sihat, dan jangan takut untuk mencuba atau menceburkan diri ke dalam bidang-bidang baharu seperti dari segi teknologi dan kepelbagaian industri seperti bidang seni, sains, perubatan, pertanian, petrokimia dan sebagainya.

 

“Jika kita lihat juga pada masa kini, anak-anak muda sudah tidak terlalu memilih pekerjaan, seperti mana yang kita lihat pada hari ini banyak vendor-vendor di sini terdiri dari kalangan anak-anak muda dan bidang perniagaan sudah tidak asing lagi di negara kita, di mana anak-anak muda bijak menggunakan pelbagai platform untuk memulakan serta mempromosi perniagaan mereka demi untuk kelangsungan hidup," tambahnya lagi.

 

Sementara itu, Imelda Groves dari Visual Dimensions Production seterusnya menyatakan, industri Perfileman di negara ini masih boleh dikatakan berskala kecil di mana ia perlu diperkembangkan lagi sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

 

Ia bukan sahaja perlu sokongan daripada orang ramai ataupun pihak-pihak tertentu tetapi juga daripada penggiat-penggiat filem yang perlu tahu cara untuk mengangkat atau menaik taraf industri perfileman di negara ini.

 

Tambahnya, industri perfileman di negara ini boleh diketengahkan dengan mengangkat identiti Brunei itu sendiri bukan hanya sekadar memfokuskan keutamaan kepada trend mengenai teknikal semata-mata atau teknik penggambaran sahaja tetapi mengenai jalan cerita untuk mengangkat identiti kebruneian itu lebih penting dan lebih cepat untuk kita membawa imej NBD itu ke luar negara atau ke serantau dunia.

 

“Melaluinya, orang luar akan tahu tentang Brunei itu sendiri tentang bagaimana cara orang kitani bercakap, berpakaian, budaya dan sebagainya dan dari pengalaman juga ramai orang-orang di luar sana tidak tahu mengenai negara 'kitani', dari itu dapat kita masukkan ciri dan imej kebruneian itu ke dalam filem," ujarnya.

 

Dari filem itu katanya lagi dapat membantu untuk membangunkan industri perfileman itu sendiri di negara kita dan lebih menarik lagi jika hasil atau karya perfileman itu dapat di bawa ke persada dunia.

 

“Taraf perfileman di negara kita semakin berkembang maju, kalau dulu mungkin satu atau dua buah filem sahaja dalam setahun namun kini filem tempatan itu banyak, ada yang telah melimpasi hingga ke luar negara, ada juga yang setakat di 'cinema' namun yang menyedihkan ada yang hanya setakat di platform penstriman sahaja tanpa diberi peluang untuk ke luar negara mahupun di wayang," katanya.

 

Justeru beliau berpendapat filem-filem yang berpotensi itu perlu diketengahkan lagi dan diberikan sokongan kuat oleh pihak-pihak tertentu untuk dihantar ke filem festival.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48