FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Galak Generasi Muda Menceburi Bidang Perniagaan


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 29th, 2024  |  08:14 AM  |   127 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah mencemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN pada Selasa, 27 Februari 2024 dan menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.

 

Di dalam titah jelas Yang Berhormat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyarankan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat inisiatif-inisiatif ke arah membantu kerajaan dalam menjana peluang-peluang pekerjaan, mempertingkatkan sektor-sektor perekonomian dan pembangunan kapasiti sumber tenaga manusia, termasuk dalam kalangan para pengusaha tempatan dan golongan-golongan tertentu yang lain.

 

"Saranan baginda ini merupakan 'minus point' ke arah memperkukuh kerjasama semua pihak melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation Approach," jelas Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, ini termasuklah kerjasama pelbagai pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran ke arah memastikan seluruh rakyat memahami istilah pembangunan mampan dan diterjemahkan dalam aktiviti harian dengan menyasarkan lebih banyak penglibatan dan sumbangan daripada golongan belia dalam membentuk masa depan Negara Brunei Darussalam (NBD) dengan memberi penekanan kepada inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

 

Dengan itu jelas Yang Berhormat, dengan semangat, sokongan dan keupayaan mereka untuk inovasi, golongan belia mempunyai kuasa untuk mengubah cabaran iklim menjadi batu loncatan ke arah masa depan yang lebih berdaya tahan.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat berharap inisiatif dan insentif perlu dipertingkatkan secara berterusan bagi menggalakkan generasi muda untuk menceburi bidang perniagaan khususnya sektor perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dianggap penting memandangkan ia memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan ekonomi negara sekali gus melahirkan usahawan muda berjaya.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, usahawan muda yang berjaya bukan sahaja mencipta perniagaan baharu malahan meningkatkan peluang pekerjaan dan sebagainya.

 

"Kejayaan usahawan muda dalam bidang perniagaan IKS memberikan satu impak positif dalam pembangunan ekonomi negara.

 

"Bagi mencapai hasrat ini kajian perlu dijalankan yang bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong kejayaan usahawan muda tempatan dalam perniagaan IKS di NBD," jelas Yang Berhormat lagi pada persidangan yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Dengan ini jelas Yang Berhormat, program-program diungkayahkan hendaklah melalui landasan yang tepat bagi memastikan para usahawan dilengkapi dengan alatan dan cerapan yang diperlukan untuk mengatasi cabaran landskap perniagaan yang sering berubah dan mendorong mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di pasaran antarabangsa.

 

Yang Berhormat juga turut menyarankan semua pihak seharusnya menanai titah baginda sebagai cabaran bagi ke arah mengerakkan agenda kemajuan negara termasuklah merangka pelan-pelan strategik yang inklusif yang juga mengambil kira mewujudkan projek-projek transformasi ke arah mencipta iklim dan ekosistem perniagaan baharu yang dapat dimanfaatkan oleh semua golongan.

 

Ini termasuklah tambah Yang Berhormat, menaik taraf infrastruktur dan bangunan perniagaan sedia ada kepada yang lebih relevan mengikut perubahan masa.

 

Selain itu kata Yang Berhormat, menggubal dasar dan polisi bersangkutan dengan peraturan serta syarat yang memberi peluang kepada para peniaga baharu untuk berniaga.

 

Selain daripada itu jelas Yang Berhormat, perkara berkenaan penting untuk diberi perhatian sewajarnya kerana masih sahaja lagi dapati bangunan-bangunan perniagaan yang masih kekal tidak mengalami perubahan, ada juga dibiarkan kosong dan yang paling menyedihkan tidak dikunjungi pelanggan kerana tidak mempunyai tarikan.

 

"Kaedah konsep kepelbagaian atau 'multi-functional concept' aktiviti perniagaan yang digunakan oleh negara-negara maju boleh sahaja diguna pakai sebagai pencetus perubahan dengan kompleks pasar ikan dan sayur juga dijadikan sebagai tempat riadah, pusat membeli-belah, berurus niaga dengan pihak bank dan sebagai tempat tarikan pelancong," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nurul Rasyidah Mohamad Rosland

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07