FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Masjid Az-Zakireen Meragang Dirasmikan


Mohamad Azmi Awang Damit, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 2nd, 2024  |  07:19 AM  |   228 views

MERAGANG

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Masjid Baharu Rancangan Perumahan Negara Kampung Meragang bagi menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat yang pertama di masjid tersebut.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bagi menandatangani 'Plak' dan diiringi dengan laungan Takbir 'Allahuakbar' sebanyak tiga kali yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, sebagai petanda perasmian pembukaan masjid baharu tersebut yang kini dikenali sebagai Masjid Az-Zakireen Meragang.

 

Manakala, Khutbah Jumaat disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dalam khutbahnya menjelaskan, malu itu terbahagi kepada dua jenis, iaitu malu yang tercela dan malu yang terpuji.

 

Malu yang tercela itu adalah seperti malu untuk bertanya mengenai sesuatu ilmu yang tidak diketahui, manakala malu yang terpuji itu adalah dengan meletakkan malu kepada tempatnya seperti malu untuk melakukan dosa, jelas Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama lagi.

 

Malu yang terpuji itu juga jelas Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama lagi, terbahagi kepada tiga iaitu malu kepada Allah Subhanahu Wata'ala, malu kepada manusia dan malu kepada diri sendiri.

 

Yang Mulia dalam khutbahnya menyeru kepada jemaah yang hadir untuk menghiasi diri dengan sifat malu kerana ia adalah perhiasan mukmin sejati dan merupakan benteng yang boleh mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan mungkar dan maksiat.

 

Sementara itu, Sembahyang Fardu Jumaat diimamkan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.

 

Keseluruhan kapasiti Masjid Az-Zakireen Meragang ini boleh menampung seramai lebih kurang 2,200 orang jemaah.

 

Antara kemudahan yang disediakan di masjid berkenaan adalah tandas untuk Orang Kelainan Upaya, Bilik Kuliah, Bilik Perpustakaan, Bilik Pengurusan Jenazah serta tempat letak kereta termasuk untuk Orang Kelainan Upaya.

 

Bangunan masjid baharu ini dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 8.159 ekar dan menggunakan anggaran peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara berjumlah BND4.3 juta.

 

Dengan pembukaan Masjid Az-Zakireen Meragang ini dapat memberi keselesaan kepada para penduduk kampung atau jemaah yang menunaikan sembahyang fardu lima waktu dan Sembahyang Fardu Jumaat serta dihasrat untuk digunakan oleh para penduduk bagi melakukan kegiatan-kegiatan serta aktiviti-aktiviti keagamaan ke arah meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di kampung tersebut dan di negara ini amnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07