Home > Bahasa Melayu
Waktu Bekerja Pada Bulan Ramadan
March 8th, 2024 | 06:50 AM | 1369 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei, maka adalah dengan ini dimaklumkan bahawa waktu-waktu bekerja di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan sepanjang bulan Ramadan bagi tahun Hijrah 1445/2024 Masihi adalah pada lsnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Manakala, bagi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang bertugas pada Jumaat, waktu bertugas adalah bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Sementara para pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa sementara penentuan memulakan kerja terserahlah kepada budi bicara kementerian/jabatan masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Perdana Menteri
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]