FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Khatam Al-Quran Sempena Hari Kebangsaan Ke-40


Ihsan Kementerian Pertahanan

 


 March 9th, 2024  |  06:50 AM  |   1511 views

TUTONG

 

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 Tahun, Kementerian Pertahanan pagi tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, Tutong, di sini.

 

Hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

 

Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-40, seramai 40 peserta yang diraikan telah menghabiskan bacaan 30 Juzuk.

 

Majlis tersebut juga disertai oleh 10 buah surau di dalam perkhemahan tentera yang mana setiap surau mengkhatamkan sebanyak empat kali dan menjadikannya 40 kali khatam secara keseluruhan.

 

Majlis Khatam dimulai dengan bacaan Takhtim disusuli dengan Tahlil dan bacaan Doa Khatam Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Surau Al-Hikmah, Awang Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel Alexender Iskandar Zulkarnain dan Dikir Marhaban serta diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

 

Majlis tersebut bertujuan untuk menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala untuk keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam serta mengagungkan kesucian Al-Quran Al-Karim dan menyemai semangat mencintai dan menghayati Al-Quran Al-Karim di setiap lapisan pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan, di samping menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-40.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin; serta seluruh peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan.

 

Turut dijemput bagi menyemarakkan majlis ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan serta jemputan daripada agensi-agensi luar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48