FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Wanita Pemacu Pertumbuhan Ekonomi, Kelestarian Masyarakat


Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

 


 March 9th, 2024  |  06:59 AM  |   1869 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad dalam perutusannya mengongsikan pada 8 Mac setiap tahun, Negara Brunei Darussalam (NBD) mengambil kesempatan untuk menghargai sumbangan besar yang diberikan oleh wanita dalam pembangunan negara dan untuk memperkukuhkan komitmen kita dalam memastikan pembangunan wanita ke tahap yang lebih tinggi bersempena dengan Hari Antarabangsa Wanita.

 

Pada tahun ini jelas Yang Berhormat, fokus tema adalah tentang pentingnya pelaburan terhadap wanita di negara ini bagi membantu mempercepatkan pembangunan negara iaitu Invest in Women : Accelerate Progress.

 

Tajuk ini katanya, sangat bertepatan dan relevan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara kerana wanita merupakan pemangkin penting dalam pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan kelestarian masyarakat.

 

Pelaburan dalam kesaksamaan hak-hak wanita tidak hanya memberi manfaat kepada mereka secara individu tetapi juga kepada keluarga, komuniti dan negara secara keseluruhan.

 

Dengan itu usaha senegara adalah sangat perlu untuk mengambil langkah-langkah dalam memastikan adanya sokongan berterusan demi pembangunan institusi keluarga; masyarakat dan negara.

 

Dalam usaha ini tambah Yang Berhormat lagi, Penyelidikan mengenai Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam yang mula dilaksanakan pada tahun 2023 telah pun selesai, dan penyelidikan ini mengesahkan bahawa perkembangan dan pembangunan wanita di negara ini adalah di tahap yang baik.

 

Di samping itu, keselamatan dan sokongan bagi wanita yang memegang berbagai peranan selaku wanita berkerjaya, isteri dan juga ibu perlu dipertingkatkan agar potensi mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

 

Hasil penyelidikan ini ujarnya lagi, akan digunakan untuk membangun Pelan Tindakan Kebangsaan Wanita pada tahun ini.

 

Beberapa acara telah pun dirancang sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Kali Ke-11 pada tahun ini termasuklah Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (bertempat di Masjid UBD pada 9 Mac 2024); dan Asia Inc Forum dengan tema 'Pelaburan Untuk Wanita : Mempercepatkan Pembangunan Negara' anjuran Brunei Fertilizer Industries (bertempat di Rizqun Hotel pada 7 Mac 2024).

 

Pelaburan dalam keusahawanan wanita telah dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang ke arah pembangunan sosioekonomi negara.

 

Oleh itu, beberapa program pembangunan dan dokongan keusahawanan bagi kaum wanita telah diungkayahkan oleh agensi-agensi berkepentingan, antaranya: Program BIBD SEED yang dilancarkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 2018.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, Program Pembangunan Keusahawanan ini dihasratkan untuk memperkasa ibu-ibu yang berpenghidupan susah, dan program tersebut turut memenangi anugerah '3G Women Empowerment Programme' di The 4th Global Good Governance Awards pada tahun 2019.

 

Selain itu tambahnya, Inisiatif 'eBunda' oleh Dynamik Technologies, yang menyediakan platform untuk perniagaan wanita, terutamanya ibu-ibu untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Dengan menyenaraikan perniagaan mereka dalam direktori Dynamik, para ibu boleh mendapat pendedahan dan akses kepada pelanggan baharu.

 

Women InnovateHer Workshop 2024 iaitu bengkel yang dianjurkan oleh Pejabat Harta Intelek Brunei Darussalam (BruIPO) dengan kerjasama Darussalam Enterprise (DARe) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pencipta, pereka dan pengusaha wanita tempatan mengenai pelbagai jenis harta intelek (termasuk paten, tanda perniagaan, reka bentuk perindustrian, hak cipta) serta menjelaskan kepentingan bagi melindungi harta intelek dalam perusahaan masing-masing

 

The Proudly Brunei Business Awards 2024 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (Brunei Economic Development Board - BEDB) melalui DARe juga mengiktiraf pencapaian pengusaha Wanita melalui Kategori Keusahawanan Wanita.

 

Anugerah ini jelas Yang Berhormat, telah diraih oleh Syarikat Taurean Bakeshop & Café, dan setentunya dapat memberikan inspirasi kepada peniaga wanita khususnya dalam meneruskan semangat inovasi dan kecemerlangan.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, pelaburan bagi kemajuan wanita boleh memangkin kemajuan masyarakat, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang inklusif serta mampan.

 

Justeru, marilah kita memanfaatkan peluang yang dapat diraih daripada kolaborasi, inovasi dan advokasi untuk pembangunan wanita bagi membina masa depan dan kemajuan yang lebih cemerlang untuk generasi akan datang.

 

Akhir kata, Yang Berhormat menzahirkan ucapan Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada seluruh kaum wanita di Negara Brunei Darussalam, dan mendoakan semoga terus maju jaya dalam perpaduan dan membangun masyarakat dan ekonomi demi raja, negara, bangsa dan ugama.

 

'Pelaburan Untuk Wanita : Mempercepatkan Pembangunan Negara'

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48