Home > Bahasa Melayu
Pertandingan Kikik Dewasa Terbuka Berpasukan Meriah
December 5th, 2016 | 10:17 AM | 881 views
MUKIM MENTIRI
Sebanyak 16 buah pasukan menyertai Pertandingan Kikik Dewasa Terbuka Berpasukan terbuka kepada penduduk Kampung Batu Marang yang berlangsung di Kawasan Jambatan Baharu Kampung Batu Marang hari ini.
Pertandingan yang mendapat sambutan meriah itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK) Awang Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi selaku tetamu kehormat.
PERTANDINGAN Kikik Dewasa Terbuka Berpasukan terbuka kepada penduduk Kampung Batu Marang mendapat sambutan meriah itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK), Awang Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi selaku tetamu kehormat.
Timbalan Setiausaha Agung PEKIKIK dalam ucapannya antara lain merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput beliau di pertandingan itu dan beliau juga bersedia untuk memberikan galakan dan sokongan kepada pihak penganjur.
Pertandingan kikik peringkat akhir itu melibatkan pasukan Anak Ikan Sumpit-Sumpit melawan Lauk Behampap itu akhirnya dimenangi oleh Anak Ikan Sumpit-Sumpit.
Anak Ikan sumpit-sumpit yang dibarisi oleh pemain-pemain iaitu, Mohammad Ali bin Haji Tarip, Mohammad bin Haji Tarip dan Md. Fikri bin Mohammad selaku juara telah menerima wang tunai BND60.00, Baju T dan tiga guni beras, naib johan Pasukan Lauk Behampap dibarisi oleh Md. Wadi bin Salim, Amirul bin Japar dan Ismail bin Abdullah telah menerima wang tunai BND45.00, baju T dan tiga guni beras.
Manakala pasukan Ikan Bamasa dibarisi oleh Haji Maslin bin Haji Maidin, Haji Syafiq bin Haji Maslin dan Md. Khairin bin Haji Maslin telah menduduki tangga ketiga dan menerima wang tunai BND30.00 dan baju T sementara tempat keempat ialah pasukan Ikan Santak dibarisi oleh Zulfadli bin Liman, Awang Dullah bin Mazlan dan Awang Johan bin Liman yang telah menerima wang tunai BND15.00 dan Baju T.
Pihak Penganjur telah menetapkan kepada peserta untuk mendaftarkan nama pasukan masing-masing dimestikan menggunakan nama-nama ikan.
Selesai saja pertandingan peringkat akhir itu, pihak penganjur meneruskan bagi memeriahkan lagi suasana di Kampung Batu Marang dengan pertandingan 'rumble' iaitu mencari juara di kalangan yang bertanding.
Juara pertandingan tersebut ialah Abd Aziz bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Sirat yang menerima wang tunai BND25.00, seguni beras dan baju T.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ihsan Haji Mohammad Isa Haji Marsidi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]