FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


261 Kenderaan Direkod Jalankan Akiviti Kenderaan Sapu


KETUA Penguat Kuasa dan Keselamatan Jalan Raya JPD, Awang Baha bin Awang Haji Jamahat semasa Sidang Media Mengenai Meter dan Papan Tanda Teksi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Bangunan JPD, di Beribi. | FOTO: PELITA BRUNEI (Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

 


 April 15th, 2016  |  10:35 AM  |   3090 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 14 April. - Sebanyak 261 buah kenderaan telah dicatat dan gambar-gambar kenderaan tersebut telah direkodkan melalui Kaedah Profiling Kenderaan-Kenderaan dan Pemandu-pemandu Yang Dipantau oleh Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dalam usaha bagi menangani isu kenderaan yang menjalankan aktiviti mengangkut penumpang tanpa lesen yang sah atau lebih dikenali sebagai kenderaan sapu.

 

Hasil daripada penelitian lanjut, lebih kurang 28 surat notis panggilan telah dikeluarkan kepada pemilik atau pemandu kenderaan yang dipantau melakukan aktiviti kenderaan sapu sebanyak tiga kali atau lebih.

 

Ketua Penguat Kuasa dan Keselamatan Jalan Raya JPD, Awang Baha bin Awang Haji Jamahat mengongsikan perkara tersebut semasa Sidang Media Mengenai Meter dan Papan Tanda Teksi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Bangunan JPD, di Beribi.

 

Pemantauan berkenaan telah pun dibuat sejak tahun lalu dan tempat-tempat yang dipantau ialah Lapangan Terbang Berakas, Terminal Feri Serasa, Pelabuhan Muara, Terminal Bas Bandar Seri Begawan dan di beberapa tempat perhentian bas di negara ini.

 

Setakat ini, jelas beliau, seramai 19 orang yang diberi surat notis telah hadir ke JPD bersama pemilik kenderaan bagi disoal siasat dan majoriti daripada mereka telah diberikan amaran bagi menghentikan kegiatan tersebut.

 

"Jikalau didapati mereka masih melakukan kegiatan tersebut, data dan maklumat mereka akan dihadapkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

 

Beliau memberitahu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), pada masa yang sama juga telah dan akan sentiasa melaksanakan kaedah profiling dan berdasarkan cantuman data yang diperolehi dari kedua-dua agensi berkenaan, JPD akan menyerahkan maklumat pemandu yang menjalankan kegiatan kenderaan sapu secara berulang kepada pihak PDB bagi tindakan selanjutnya.

 

Menurut beliau, beberapa operasi bersepadu akan dijalankan bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain sebagai usaha berterusan bagi membanteras dan mengurangkan kegiatan kenderaan sapu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21