FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teksi Bermeter akan Diperkenalkan


PENGARAH Pengangkutan Darat, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi semasa Sidang Media Mengenai Meter dan Papan Tanda Teksi yang berlangsung petang ini di Dewan Mesyuarat, Bangunan JPD, di sini. | FOTO: PELITA BRUNEI (Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

 


 April 15th, 2016  |  10:37 AM  |   2673 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis. 14 April. - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan Kementerian Perhubungan sedang giat mengungkayahkan projek transformasi sistem pengangkutan awam di negara ini.

 

Sehubungan itu, perkhidmatan teksi bermeter akan diperkenalkan sebagai salah satu daripada inisiatif yang dilaksanakan dalam projek ini, menjurus ke arah sistem pengangkutan awam yang efisien dan dikawal selia.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi dalam Sidang Media Mengenai Meter dan Papan Tanda Teksi yang berlangsung petang ini di Dewan Mesyuarat, Bangunan JPD, di sini.

 

Beliau berkata, pihak JPD akan membukakan tawaran bagi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan meter teksi dan alat peranti untuk teksi di Negara Brunei Darussalam.

 

Menurut beliau, meter teksi tersebut hendaklah mempunyai fungsi elektronik sepenuhnya, disalut dengan plastik atau logam yang keras dan tidak dapat ditembusi, mempunyai struktur tambang yang diprogramkan sepenuhnya yang mana unit tambang tersebut diprogramkan dalam mata wang Brunei serta harga tambang dapat dilihat jelas oleh penumpang.

 

Manakala alat peranti untuk teksi yang diperlukan ialah pencetak resit bagi mencetak resit yang dikehendaki oleh penumpang, papan tanda yang dikendalikan atas bumbung atau dalam kenderaan bagi menunjukkan ketersediaan kenderaan dan peranti pembayaran elektronik untuk menerima kaedah pembayaran lain termasuk kad kredit atau kad debit.

 

Dokumen tawaran boleh didapati daripada Lembaga Melesen Pengangkutan Bermotor (MTLA) di Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat JPD, Beribi.

 

Semua tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Perhubungan, Tingkat 4, Bangunan Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar.

 

Tawaran tersebut dibukakan kepada orang persendirian, perkongsian, syarikat atau mana-mana badan lain mengikut syarat yang ditetapkan dalam dokumen tawaran.

 

Tawaran itu akan dibukakan pada 16 April ini dan tarikh tutup untuk menghantar dokumen tawaran berkenaan adalah pada 17 Mei 2016 pada jam 2.00 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53