FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pesara JPM Dirai Pada Majlis 'Jasa Bakti Biskita Dikenang'


TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Korporat, Penggerak dan Ekonomi) Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud semasa menyampaikan Sijil Persaraan kepada Awang Haji Sahari bin Akim, Penolong Penyunting Tingkat I dari Jabatan Penerangan. | FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 April 15th, 2016  |  10:44 AM  |   2685 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 14 April. - Persaraan mengingatkan kita kepada realiti kehidupan bahawa kita telah banyak menyumbang bakti dan menabur budi serta telah turut berjuang dalam membangun dan melakar sejarah bangsa dan membantu organisasi di mana kita sempat bertugas bagi membangun negara.

 

Perkara tersebut disentuh oleh Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Yahya bin Haji Idris ketika menyampaikan Ucapan Penghargaan semasa Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada pesara-pesara JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara pada 2014 dan 2015.

 

140416 AMP1 JPM

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Korporat, Penggerak dan Ekonomi), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud (tiga dari kiri) dan Timbalan Menteri di JJPM (Keselamatan dan Media), Dato Paduka Awang haji Hamdan bin Haji Abu Bakar (tiga dari kanan) antara yang hadir pada Majlis Penyampaian Sijil kepada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan JPM dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang telah Bersara 2015 bertempat di Dewan Bankuet JPM.

 

Beliau yang juga selaku Pengerusi Majlis menambah, bersara merupakan satu lagi mercu tanda kehidupan atau lembaran hidup setiap individu di mana betapa usia kita semakin hampir kepada garisan penamat yang sudah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Ia satu 'indicator' penting bagi kita untuk terus mempersiapkan diri bagi menempuh alam yang lebih abadi.

 

Pada kesempatan itu, Setiausaha Tetap di JPM juga mengongsikan makna sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari riwayat At-Tarmizi yang kira-kira bermaksud : "Tidak bergerak telapak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga diminta tanggungjawab tentang empat perkara iaitu tentang masa muda untuk apa dihabiskan, tentang harta dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan, masa hidup di mana dimanfaatkan dan akhir sekali masa sihat ke mana dihabiskan."

 

140416 AMP6 JPM

SETIAUSAHA Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Yahya bin Haji Idris semasa memberi Ucapan Penghargaan kepada Pesara-pesara Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya

 

Beliau juga menegaskan, kepada pekerja yang masih berkhidmat untuk meneruskan usaha dan iltizam untuk terus mempertingkatkan prestasi dan kualiti tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah, jujur dan cekap, dan menjadikan para persara yang diraikan pada hari ini sebagai 'role model' dan contoh terbaik dalam usaha menanai tanggungjawab demi ugama, raja dan negara.

 

Majlis Penghargaan tersebut diungkayahkan oleh JPM pada petang tadi, bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan JPM.

 

140416 AMP3 JPM

TIMBALAN Menteri di JPM (Korporat, Penggerak dan Ekonomi), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud semasa menyampaikan Sijil Persaraan kepada Awang Adanan bin Haji Ibrahim, Penolong Pegawai Penerangan dari Jabatan Penerangan,

140416 AMP4 JPM

TIMBALAN Menteri di JPM (Korporat, Penggerak dan Ekonomi), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud semasa menyampaikan Sijil Persaraan kepada Awang Mohd Nizam bin Abdullah, Penolong Pegawai Luar Penerangan dari Jabatan Penerangan.

140416 AMP5 JPM

TIMBALAN Menteri di JJPM (Korporat, Penggerak dan Ekonomi), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud semasa menyampaikan Sijil Persaraan kepada Awang Haji Aliddin bin Haji Moktal, Penolong Penyunting Tkt II dari Jabatan Penerangan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.

 

Penyampaian sijil dan cenderahati kepada seramai 185 pesara telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Muhammad Azrol Alim bin Haji Zaini.

 

140416 AMP7 JPM

TIMBALAN Menteri di JPM (Korporat, Penggerak dan Ekonomi), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud semasa menyampaikan Sijil Persaraan kepada seorang Pesara (atas dan bawah).

140416 AMP8 JPM

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah memberikan masa, tenaga dan perkhidmatan selama menjalankan tugas dalam Perkhidmatan Awam, khususnya di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya, selaras dengan tema majlis, 'Jasa Bakti Biskita Dikenang'.

 

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Muhammad Azrol Alim bin Haji Zain.

 

140416 AMP10 JPM

PERSARA dari Jabatan Perdana Menteri, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Awang Haji Adanan bin Haji Lamat.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Menurut Awang Haji Adaanan bin Haji Lamat, salah seorang pesara dari JPM, semasa bekerja dengan kerajaan, banyak peristiwa pahit manis yang dilalui, namun demikian sebagai pegawai kerajaan semua mesti ditempuhi dengan rasa reda dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

140416 AMP9 JPM

TIMBALAN Menteri di JPM (Korporat, Penggerak dan Ekonomi) Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud dan Timbalan Menteri di JPM (Keselamatan dan Media), Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar semasa bergambar kenangan bersama Pegawai-Pegawai dan Kakitangan JPM dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang telah bersara.

 

Beliau menasihatkan kepada para pegawai yang masih lagi berkhidmat dengan kerajaan agar dapat melakukan tugas dengan lebih matang dan berwawasan supaya kerja yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan lancar.

 

"Saya mewakili semua pegawai kerajaan yang bersara ingin merakamkan rasa junjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah memberikan kepercayaan dan keprihatinan ke atas semua pegawai kerajaan sehingga dapat mencapai wawasan dan gagasan negara ke arah negara yang lebih berjaya dan berdaya saing," tambahnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16