FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Murid Berkeperluan Khas Sentiasa Dipeduli


TETAMU Kehormat semasa menyampaikan Peralatan Khas dan Sumber Pembelajaran kepada salah seorang pelajar berkeperluan khas. | FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 April 15th, 2016  |  10:50 AM  |   11086 views

BERAKAS

 

Khamis, 14 April. – Seramai 30 murid pra-sekolah yang berkeperluan khas dari sekolah-sekolah rendah kerajaan menerima sumbangan peralatan khas dan sumber pembelajaran pada majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, di sini.

 

Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Antara yang disumbangkan termasuk peralatan pembelajaran seperti Structured Learning Approach (SLA), kerusi roda, komputer riba dan sebagainya.

 

140416 AMIRUL001 MOE

PEMANGKU Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad yang juga selaku Pengerusi Majlis semasa menyampaikan ucapan pada Majlis tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan, Cikgu Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad, selaku pengerusi majlis berkata, IKHLAS adalah satu inisiatif yang ditubuhkan oleh UPK bertujuan khusus bagi memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas mendapat akses kepada pembelajaran dan menerima pendidikan yang lebih bersesuaian dan dapat memenuhi keperluan mereka secara individu.

 

Setiap derma yang diterima dari segi kewangan jelasnya, akan disalurkan dalam IKHLAS dan Unit Pendidikan Khas (UPK) yang berperanan memastikan keperluan pendidikan pelajar sentiasa dipeduli.

 

Beliau berkata, Ahli Jawatankuasa IKHLAS, UPK pula ditubuhkan untuk mengumpul dan menyimpan sumbangan berbentuk kewangan atau in-kind daripada para penyumbang perseorangan dan juga syarikat-syarikat.

 

140416 AMIRUL003 MOE

TETAMU Kehormat semasa menyampaikan Peralatan Khas dan Sumber Pembelajaran kepada para pelajar berkeperluan khas (atas dan bawah).

140416 AMIRUL004 MOE

AJK IKHLAS, jelasnya ditubuhkan antaranya untuk membeli peralatan dan sumber pembelajaran bagi pelajar berkeperluan khas yang berdaftar dan dikenal pasti memerlukan segera peralatan khusus untuk membantu pembelajarannya.

 

Sumbangan berkenaan tambahnya, juga digunakan untuk membaiki kerosakan-kerosakan ringan ke atas peralatan khas berkenaan seperti kerusi roda, meja dan kerusi khas, alat pendengaran, kacamata serta lain-lain peralatan.

 

Di samping pihak IKHLAS menerima sumbangan jelas beliau, inisiatif-inisiatif lain juga dibuat bagi menambah kewangan tabung IKHLAS, umpamanya Pusat Serantau SEAMEO Voctech, Negara Brunei Darussalam yang berjaya mengadakan Pertandingan Golf dan 'The Colour Run' sempena Penubuhan 50 Tahun Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia-Tenggara dan 25 Tahun Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

 

Pengiran Sarimah turut berkata, AJK Komiti IKHLAS juga telah berjaya mengungkayahkan acara "Fun For Funds" pada bulan November 2015, di mana sejumlah BND14,081 telah dikutip sempena acara berkenaan dan perbelanjaan sebanyak lebih BND20,000 disumbangkan oleh para dermawan dan sukarelawan termasuk rakan kongsi UPK yang bermuarah hati menyumbang.

 

Menurutnya lagi, pelajar-pelajar yang menerima sumbangan hari ini terpilih mengikut keutamaan mereka terdiri daripada kalangan pelajar yang memerlukan peralatan khas seawalnya di peringkat Pra agar mereka dapat membiasakan diri dan selesa belajar menggunakan peralatan yang baru mereka terima.

 

"Peralatan yang dikenal pasti adalah hasil assessment dan recommendations oleh psikologi pendidikan dan pegawai-pegawai Bahagian Program Pendidikan Khas dan Perkhidmatan Bantuan Khusus, Unit Pendidikan Khas," jelasnya.

 

Pengiran Sarimah turut percaya jika bantuan berkenaan diadakan secara berterusan akan dapat meningkatkan lagi usaha para pelajar dalam mencapai sasaran pencapaian yang maksima.

 

Beliau juga berharap peralatan pembelajaran yang disumbangkan itu dapat dipergunakan dengan sebaiknya dengan bantuan dan pemantauan guru Special Education Need Assistant (SENA) dan guru relief di sekolah-sekolah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19