FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Selawat Zahirkan Rasa Kasih, Cinta Kepada Rasulullah


HADIR selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof bersama Pegawai Daerah Belait Awang Haji Haris bin Othman, Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait Awang Haji Asminan bin Haji Chuchu, Penghulu Mukim Liang Awang Haji Abdul Hamid bin Awang Haji Momin.

 


 December 11th, 2016  |  09:31 AM  |   1212 views

LUMUT

 

Sabtu, 10 Disember. - Rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Zainab, Kampung Lumut, Daerah Belait.


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

 

Untuk memeriahkan dan memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Majlis Dikir Syarafil Anam di Masjid-masjid / Surau dan Balai Ibadat Seluruh Negara bertujuan untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala, selain memupuk kesedaran dan keinsafan umat Islam dalam mengenang jasa dan pengorbanan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam menyebarkan agama Islam.

 

Antara ganjaran yang akan diperolehi oleh orang yang sentiasa berselawat ialah sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu bahawa "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda sesiapa mengucapkan selawat kepadaku, Allah Subhanahu Wata'ala berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."

 

Sehubungan itu, bersempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun, semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara akan terus bergema dengan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut mulai 1 Rabiulawal 1438H yang lalu.


Tauladan berbentuk tazkirah mengenai sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid selaku Imam Masjid Zainab, Haji Aminordin bin Haji Mohd. Yussof.

 

101216 DNM DIKIR 3

 

ANTARA jemaah takmir Masjid Zainab yang menyertai acara sambutan sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Antara isi tazkirah telah disampaikan firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Ahzab, ayat 56 yang tafsirnya "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

 

Dari surah tersebut dapat difahami Allah Subhanahu Wata'ala dan malaikat-Nya berselawat ke atas Baginda, apatah lagi kita sebagai hamba Allah dan umat baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan berselawat, akan melahirkan rasa kasih dan cinta kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Apabila kita telah kasih dan cinta kepada baginda, kita akan mengamalkan pula Sunnah-sunnahnya dari segi percakapan, perbuatan, tingkah laku dan akhlak baginda itu adalah sangat mulia dan akhlak baginda itu pula adalah Al-Quran sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Hasyim bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah Radiallahu Anha tentang akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Aisyah menjawab: Akhlak Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam adalah Al-Quran."

 

Jawapan Saidatuna Aisyah singkat namun penuh makna dalam menyifatkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sifat yang dapat mewakili seluruh sifat yang mulia. Allah berfirman di dalam beberapa ayat yang telah diturunkan tentang Al-Quran, "Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus..'' Surah Al-Israa', ayat 9, ''Yang memberi petunjuk kepada (jalan) yang paling lurus." Surah Al-Jinn, ayat 2, "...tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa" Surah Al-Baqarah, ayat 2.

 

Inilah akhlak Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah Al-Quran yang mana Al-Quran itu adalah petunjuk kepada orang yang bertakwa dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diutus adalah untuk memimpin umatnya menuju ke jalan Allah.

 

101216 DNM DIKIR 2

KETUA Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid KHEU, Haji Juffle bin Haji Mega.

 

Adapun kelebihan berselawat itu sangat besar dan alangkah ruginya jika kita mengabaikannya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat padanya sepuluh kali dan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat. " dan kelebihan berselawat itu juga penghapus dosa, diampunkan dan dinaikkan darjat seseorang yang berselawat ke atas Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Sesungguhnya berselawat itu versi yang mempunyai kelebihan yang tersendiri sepertimana yang telah diperakui oleh para ulama. Sepertimana yang kita lakukan pada masa ini, kita berdikir selama 12 malam di masjid-masjid seluruh negara sehinggalah ke hari kemuncaknya iaitu Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Kebangsaan.

 

Apa yang penting di dalam melakukan amalan-amalan hendaklah ikhlas dan berniat semata-mata untuk mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala dalam berselawat dan menzahirkan kecintaan kepada baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengamalkan sunnah-sunnahnya nescaya akan dicintai pula oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat kejayaan di akhirat kelak.

 

"Bimbinglah ahli keluarga kita agar sentiasa melakukan amalan-amalan soleh dan menjadikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai contoh ikutan yang baik di dalam menjalani kehidupan di dunia ini agar diri kita dan keluarga kita terpelihara daripada segala keburukan dan azab api neraka," akhir tazkirah Imam Masjid Zainab, Haji Aminordin bin Haji Mohd. Yussof.

 

Pelita Brunei sempat menemubual Ketua Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid KHEU, Haji Juffle bin Haji Mega, berkata rombongan dari KHEU yang hadir pada majlis zikir ke masjid-masjid terpilih diwakili dari jabatan-jabatan di bawah KHEU dan menjemput sama AJK takmir, MPM, MPK dan ahli-ahli NGO, sekolah-sekolah serta universiti bagi memeriahkan sambutan sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disambut pada 12 Rabiulawal akan datang.

 

101216 DNM DIKIR 4

 

DAYANG Hamizah Abdullah berkata "Alhamdulillah saya berasa terharu, bangga dan gembira kerana dapat menghadirkan diri dalam sama-sama membesarkan dan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Insyaa Allah saya pasti akan ikut serta pada sambutan-sambutan akan datang."

 

"Bagi memeriahkan lagi majlis zikir pada 12 malam berturut-turut KHEU telah menambah sedikit acara dengan memberi tazkirah atau membaca hadis bagi mengingati akan kisah-kisah dan kelebihan membesarkan lagi penghayatan dalam memperingati perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam," tambah Haji Juffle yang juga melahirkan rasa terharu dengan penyertaan orang ramai ke masjid-masjid yang dikunjungi oleh rombongan KHEU amat menggalakkan.

 

Sementara itu Pelita Brunei juga menemubual jemaah perempuan yang hadir di majlis itu, Dayang Hamizah Abdullah berkata "Alhamdulillah saya berasa terharu, bangga dan gembira kerana dapat menghadirkan diri dalam sama-sama membesarkan dan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, InsyaaAllah saya pasti akan ikut serta pada sambutan-sambutan akan datang."

 

Majlis seumpama itu diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEU dengan jemaah masjid dan penduduk kampung.

 

Hadir sama Pegawai Daerah Belait Awang Haji Haris bin Othman, Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait Awang Haji Asminan bin Haji Chuchu, Penghulu Mukim Liang Awang Haji Abdul Hamid bin Awang Haji Momin.

 

Dikir Syarafil Anam 12 Malam Berturut-Turut ini akan diadakan majlis penutupnya pada hari Ahad, 11 Disember 2016 bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, jam 08.00 malam, semua jabatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Noraisah Muhammed

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54