FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KHEU tutup Dikir Maulud 12 Malam


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (depan, tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. |FOTO : PELITA BRUNEI (Muhammad Asri Haji Awang Abas0

 


 December 12th, 2016  |  10:08 AM  |   1540 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 11 Disember. - Laungan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus bergema dan menyemarakkan masjid, surau dan balai ibadat di negara ini.

 

Majlis Penutup Dikir sempena Memperingati Sambutan Hari Keputeraan Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara termasuk oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

111216 JAME ASRI3

MAJLIS Penutup Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Mengambil bahagian bagi sama-sama menyemarakkan Dikir Maulud ialah kumpulan dikir dari rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang membawakan dikir 'Assalamualaika'.

 

Diikuti dengan gabungan Pasukan Dikir Al Mukmin dari Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Pasukan Dikir Zaidana dan Pasukan Dikir Al-Mu'tashimun Billah yang membawakan dikir 'Khairuman Udana Laila'.

 

Dikir bertajuk 'Bisyahrin Pawang' pula dibawakan oleh gabungan Pasukan Dikir Perangkap dan Pasukan Dikir Belimbing Subok.

 

Manakala gabungan dari Pejabat Masjid Daerah Brunei dan Muara, Pasukan Dikir Teratak Sumor, Kampung Bunut dan rombongan dari Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei pula membawakan dikir 'Alham Allah'.

 

Sementara itu rombongan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pula membawa dikir 'Badat Air Pasang' dan 'Asyraqal'.

 

Pada akhir majlis, Doa Dikir dibacakan oleh Mudim Haji Suhaili bin Haji Kalong, manakala Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

 

Majlis Dikir Maulud yang dilangsungkan 12 malam berturut-turut di masjid-masjid, surau-surau, balai-balai ibadat di negara ini adalah bagi menanamkan rasa kasih dan menunjukkan kecintaan umat Islam kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, selain memupuk kesedaran dan keinsafan umat Islam dalam mengenang jasa serta pengorbanan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam menyebarkan agama Islam.

 

Amalan dan majlis seumpama ini penting dalam pembentukan jati diri individu muslim kerana ia mengajak umat Islam agar sentiasa berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, yang mana ganjaran dan syafaat bagi orang-orang yang berselawat itu adalah sangat istimewa, sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu, bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, Sesiapa mengucapkan selawat kepadaku, Allah Subhanahu Wata'ala berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19