FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Untuk Selamat Kuatkan Akidah


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1438H berlangsung di Istana Nurul Iman |FOTO : PELITA BRUNEI : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 December 12th, 2016  |  10:19 AM  |   929 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 11 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah di zaman yang serba rosak ini, banyak anasir yang suka memprovok Islam dan umat Islam, supaya Islam dan umatnya lemah.

 

Titah baginda, provokasi itu pula pelbagai bentuknya, bukan satu dua, tetapi banyak.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, di Istana Nurul Iman.

 

Pada ketika ini titah baginda, kita mendengar laporan-laporan mengenai tindakan-tindakan yang diambil ke atas orang-orang Islam yang menjadi penduduk minoriti kepada negara tersebut.

 

''Beta berharap pihak-pihak yang berkenaan akan mencari resolusi aman bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bagi semua penduduk.

 

''Atas nama Islam ugama rahmat dan atas nama kemanusiaan serta semangat 'solidarity' serantau, maka kita berharap isu itu akan segera ditangani dengan seadil-adilnya,'' titah baginda.

 

''Pada hemat beta, untuk umat Islam ini selamat, mereka mestilah menguatkan akidah, iaitu ajaran yang dibawa oleh Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam,'' titah baginda.

 

Umat Islam di zaman keemasan dahulu, titah baginda, lebih mengutamakan akidah daripada yang lain-lain. Kerana itulah mereka selamat dan bahkan kuat, digeruni oleh kawan dan lawan.

 

''Maka bersukut dengan Maulid Ar-Rasul yang sedang kita sambut kini, beta berseru, terutama kepada pihak-pihak berkenaan yang sedia dibebankan dengan tanggungjawab dakwah, supaya mengambil pendekatan lebih bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh dan memperkasa akidah,'' titah baginda.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, kita tidak boleh menunggu lama-lama, kerana jika kita lambat, anasir akan mengambil kesempatan daripada kelambatan kita itu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Abdullah Asgar, Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17