FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Nabi Muhammad Membawa Perubahan Kepada Umat Manusia


TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (tiga, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi di Daerah Belait.

 


 December 13th, 2016  |  10:19 AM  |   931 views

KUALA BELAIT

 

Isnin, 12 Disember. - Kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan satu anugerah dan kurnia daripada Allah Subhanahu Wata'ala kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam semasa menyampaikan tazkirahnya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Belait, di Padang Bandaran, di sini.

 

121216 SYIAR MAULUD 4

 

PENGARAH Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam semasa menyampaikan tazkirahnya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Belait, di Padang Bandaran.

 

Jelasnya lagi, Baginda bukan sahaja diangkat sebagai pesuruh Allah, tetapi juga sebagai khalifah yang berjaya membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan kita erti kehidupan yang sebenar dan diredai oleh Allah.

 

Tema Sambutan Maulidur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun ini, 'Berwawasan yang Berkat dengan Bercontoh kepada Rasulullah' adalah sangat bertepatan dengan kehidupan kita pada masa ini, tambahnya lagi.

 

Dalam mengingati hari kelahiran Baginda, jelas beliau lagi, sudah semestinya kita harus mengingat kembali segala ajaran yang Baginda sampaikan untuk dijadikan sebagai pedoman hidup.

121216 SYIAR MAULUD 2

 

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat sekali gus mengepalai perarakan perarakan mengelilingi Pekan Belait sejauh 3.4 kilometer.

 

Kira-kira 3,600 umat Islam daripada 45 pasukan di Daerah Belait melaungkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai tanda syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang diucapkan serentak secara beramai-ramai menandakan bermulanya perarakan mengelilingi Pekan Belait sejauh 3.4 kilometer.

 

Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus mengepalai perarakan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Belait dan peserta Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi, Awang Haji Mohd. Khairuddin bin Haji Marajah / Meraji.

 

Sebelum perarakan bermula, tetamu kehormat diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan dan menyampaikan sijil penyertaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

 

121216 SYIAR MAULUD MOD

ANTARA pasukan yang mengambil bahagian di perarakan tersebut.

 

Acara turut diserikan lagi dengan Persembahan Tausyeh dari Kumpulan Nasyid Fitrah dan persembahan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh gabungan Pegawai-pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Belait.

 

Manakala, bacaan Doa Selamat dan seruan tiga kali selawat dipimpin oleh Imam Masjid Muhammad Jamalul Alam, Awang Haji Mohd. Alias bin Bakar.

 

Perarakan bermula dari Jalan Sultan dan melalui Jalan Maulana, Jalan Carey, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato Shahbandar dan seterusnya perarakan berakhir di Jalan Sultan.

 

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diadakan serentak di seluruh negara adalah sempena dengan hari lahirnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada 12 Rabiulawal.

 

Turut menyertai perarakan tersebut ialah ketua-ketua jabatan dan cawangan Jabatan Kerajaan Daerah Belait, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung, pengurus-pengurus dan wakil pengurus-pengurus syarikat swasta serta persatuan-persatuan bukan kerajaan.

 

121216 SYIAR MAULUD 5

AWANG Ali bin Haji Ibrahim (kanan) semasa ditemu bual oleh Peita Brunei

 

Pelita Brunei juga sempat menemu bual salah seorang daripada peserta yang mengikuti maulud tersebut, Awang Ali bin Haji Ibrahim, yang tinggal di Rancangan Perumah Negara Kampung Lumut melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan untuk menyertai perarakan tersebut.

 

Perarakan seumpama itu, jelas beliau, adalah sepatutnya diteruskan dari tahun ke tahun bagi memperingati akan jasa Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan sebagai tanda syukur di atas kurnia yang Allah berikan kepada kita.

 

"Selain dari itu, dengan mengadakan perarakan seperti ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara sesama muslim," tambahnya lagi.

121216 SYIAR MAULUD 6

IMAM Masjid Jamalul Alam, Awang Haji Mohd. Said bin Haji Mohd. Yassin.

 

Perkara tersebut juga dipersetujui oleh Imam Masjid Jamalul Alam, Awang Haji Mohd. Said bin Haji Mohd. Yassin.

 

Menurutnya lagi, tema pada tahun ini seharusnya diambil serius oleh para belia, kerana perwatakan Rasulullah yang sangat terpuji seharusnya dijadikan contoh oleh para belia di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16