Home > Bahasa Melayu
Istiadat Majlis Penutup Dikir Maulud
YANG Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar hadir pada Majlis Dikir Syarafil Anam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman. |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Tengah, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )
December 13th, 2016 | 10:21 AM | 890 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 12 Disember. - Majlis Dikir Syarafil Anam yang diadakan di seluruh masjid, surau dan balai ibadat sempurna dilaksanakan sepanjang 12 malam berturut-turut dan tidak terkecuali juga di Istana Nurul Iman.
Penutupan Dikir Syarafil Anam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman malam tadi dilangsungkan di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.
MAJLIS Penutup Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassalam bagi Tahun 1438 Hijrah bertempat di Istana Nurul Iman.
Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang dan diikuti dengan Dikir Assalamualaika yang dibawakan oleh pegawai-pegawai masjid dan imam-imam.
Bacaan dikir yang dibawakan antaranya ialah Khairuman, Bisyahrin, Alhamdu dan Badat manakala persembahan Marhaban juga dibawakan oleh pegawai-pegawai masjid dan imam-imam dan apabila sampai pada bacaan 'Ya Habibi' majlis diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
SUASANA Majlis Penutup Dikir yang berlangsung di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman.
Sementara Doa Dikir dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz, diikuti dengan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.
Berangkat dan hadir pada majlis itu, Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Pengiran-Pengiran Peranakan, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pehin-Pehin Menteri, Manteri-Manteri Pedalaman dan Setiausaha-Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]