Home > Bahasa Melayu
Perutusan Titah Tahniah Kepada Perdana Menteri New Zealand Baharu
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat Simon William English berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri New Zealand.
December 13th, 2016 | 10:23 AM | 858 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 12 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat Simon William English berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri New Zealand.
Dalam titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap semoga Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat berjaya dalam menjawat jawatannya yang baharu itu, dan akan dapat bekerja rapat dengan Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat dalam meningkatkan lagi persahabatan yang mesra dan kerjasama yang telah dinikmati di antara kedua-dua buah kerajaan dan juga rakyat negara masing-masing, sama ada dalam bidang dua hala mahupun sebagai rakan kongsi di rantau Asia-Pasifik.
Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda mengucapkan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat Simon William English.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Perdana Menteri
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]