FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mauludir Rasul Lambang Perpaduan Umat Islam


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 December 13th, 2016  |  10:28 AM  |   1145 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 12 Disember. - Alhamdulillah, umat Islam sejagat tidak pernah lupa setiap 12 Rabiulawal merupakan sejarah penting dalam kalendar Islam kerana lahirnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sehingga kehebatannya menerangi kehidupan umat dan berkembangnya syiar Islam ke hari ini.

 

Memperingati hari bersejarah kelahiran junjungan agung kita yang sudah sebati menjadi tradisi di negara ini, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan menjadi tumpuan utama perhimpunan perarakan yang dibanjiri seawal pagi oleh lebih 12 ribu rakyat dan penduduk Islam dari segenap peringkat usia.

 

Perhimpunan perarakan Maulidur Rasul itu tampak lebih bermakna dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah.

 

121216 KDYMM MAULUD AD-2

 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1438 Hijrah serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan yang lain menjunjung perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi majlis dimulakan.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1438 Hijrah serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan yang lain.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

Sejurus keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang juga disertai dengan pukulan hadrah terdiri daripada 100 pelajar masing-masing dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah; Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Politeknik Brunei; Hadrah Al-Mujahidun dan Al-Razzak, majlis segera dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

121216 KDYMM MAULUD AD-6

 

KEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta yang mengikuti perarakan sempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah.

 

121216 KDYMM MAULUD AD-7

 

Dalam sembah alu-aluan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin antara lain menyembahkan menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah DYMM dan seterusnya berkenan menyertai perarakan itu mendalamkan lagi kenangan serta kasih sayang terhadap Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, yang diutus oleh Allah sebagai rahmat pada seluruh alam.

 

"Alhamdulillah acara perhimpunan dan perarakan yang sudah menjadi tradisi yang baik sebagai amalan keugamaan ini adalah juga melambangkan perpaduan di kalangan rakyat dan penduduk khasnya yang berugama Islam.

 

"Semangat bersatu padu sangat penting dipelihara dan sekali gus dibuktikan untuk mengekalkan kehidupan kita yang harmoni, aman damai dan sejahtera di negara ini," jelasnya.

 

121216 KDYMM MAULUD AD-8

 

KEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta yang mengikuti perarakan sempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah.

 

121216 KDYMM MAULUD AD-9

 

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan tema Sambutan Maulud Nabi tahun ini, 'Berwawasan yang Berkat dengan Bercontoh kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' sebagai sebahagian sumbangan ke arah memandu cara kita berfikir, bertindak dan berusaha mencapai Wawasan Negara 2035 yang menghasratkan rakyat serta negara berada pada tahap negara juga rakyat yang berkemajuan dengan berkehidupan taraf tinggi dan berpendidikan.

 

Namun kesemua itu, tambahnya, hendaklah berkerberkatan, bukan saja-saja dengan indeks pencapaian yang membanggakan.

 

"Berkat dan keberkatan yang dimaksudkan ialah apabila fikiran, tindakan serta usaha mencapai kemajuan yang dimatlamatkan menerusi Wawasan Negara 2035 itu ialah kemajuan di semua bidang yang diredai oleh Allah dengan sentiasa berpandukan ajaran-ajaran-Nya dan ajaran daripada kepimpinan Rasul-Nya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

121216 KDYMM MAULUD AD-10

 

KEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta yang mengikuti perarakan sempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah.

 

121216 KDYMM MAULUD HAMZAH-001

 

"Menerusi keredaan Allah itulah datangnya berkat, sebagaimana yang telah terbukti kepada Brunei sepanjang sejarahnya membawa ke zaman modenisasinya, iaitu Brunei yang bertaut kepada dasar-dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah," tegasnya lagi.

 

Yang Berhormat seterusnya mendoakan agar kita akan kekal berada pada landasan tersebut untuk jangka panjang bagi zuriat keturunan kita, generasi demi generasi Brunei yang Melayu Islam Beraja.

 

Lazimnya seperti tahun-tahun sebelumnya Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menerima junjung ziarah daripada ketua-ketua pasukan serta sebahagian mereka yang ikut serta, iaitu sebanyak 129 pasukan dengan keramaian 12,207 orang.

 

121216 KDYMM MAULUD HAMZAH-002

KEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung zairah daripada peserta-peserta yang menyertai perarakan.

121216 KDYMM MAULUD HAMZAH-003

 

Acara diteruskan dengan Persembahan Dikir Marhaban daripada Pasukan Dikir Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dengan sokongan daripada pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya diikuti pelepasan sebanyak 21 das tembakan meriam.

 

Bagi memohon berkat dan syafaat pada majlis yang berkebajikan itu, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

 

Selepas itu, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal mengepalai bacaan Selawat bagi memulakan perarakan sejauh 3.7 kilometer mengelilingi sebahagian kawasan di ibu negara didahului oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diikuti oleh kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara serta pasukan-pasukan yang menyertai perarakan kali ini.

 

121216 KDYMM MAULUD HAMZAH-004

KEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung zairah daripada peserta-peserta yang menyertai perarakan.

121216 KDYMM MAULUD MASRI 010

Pertandingan perhimpunan perarakan dan perbarisan disertai oleh sebanyak 29 pasukan bagi Kategori Sekolah Menengah / Arab / Institusi Pengajian Tinggi / Maktab / Swasta, 18 pasukan bagi Kategori Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, 24 pasukan Kategori Persatuan-persatuan dan Sektor Swasta serta 27 pasukan bertanding dalam Kategori Kampung dan Masjid.

 

Selain tumpuan utama sambutan di Daerah Brunei dan Muara, tiga daerah lain juga tidak ketinggalan mengadakan acara yang sedemikian demi sama-sama memuji dengan berselawat juga mengharap ganjaran pahala serta rahmat Allah dalam suasana keadaan begitu mengizinkan.

121216 KDYMM MAULUD MSS 6

KEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung zairah daripada peserta-peserta yang menyertai perarakan.

 

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438H membawa tema 'Berwawasan yang Berkat dengan Bercontoh kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam'.

 

Allah menegaskan menerusi firman-Nya yang tafsirnya : "Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kebahagiaan) hari akhirat serta banyak berzikir memperingati Allah." (Surah Al-Ahzab : 21).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Abdullah Asgar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19