FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Kewangan adakan majlis sambutan Maulud Nabi


YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ll (Kedua) semasa hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut. |FOTO: PELITA BRUNEI (Muhammad Asri Haji Awang Abas )

 


 December 14th, 2016  |  10:51 AM  |   1498 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 13 Disember. - Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya turut menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Majlis Ceramah Khas yang diselajurkan Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan hari ini.

 

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Berpegang dengan sunnah di akhir zaman' disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yussof bin Haji Abd. Majid

 

Pemangku Menteri Kewangan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim hadir selaku tetamu kehormat.

 

Majlis adalah salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam sama-sama memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan pada tahun ini majlis tersebut diungkayahkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

 

Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran bagi Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun ini.

 

Seramai dua orang peserta dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, dua orang peserta daripada Darussalam Assets, dua orang peserta daripada Tabung Amanah Pekerja seorang peserta daripada Bahagian Perbelanjaan dan seorang daripada Jabatan Perbendaharaan telah menyertai pertandingan yang telah diadakan pada 8 Disember lalu.

 

Juara bagi Kategori Qari disandang oleh Awang Abd Rahim bin BPSKDSS Haji Mohd Tamin dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, naib juara diraih oleh Awang Haji Muhd Nazirulariffin bin Haji Md Zaini dari Bahagian Perbelanjaan dan tempat ketiga diberikan kepada Awang Mohammad Salehin bin Haji Basir dari Darussalam Assets.

 

131216 ASRI KEWANGAN MAULUD 9

Temuramah bersama pemenang Qariah Yang Mulia Dayang Amal Afiqah binti Ali dari Kementerian Kewangan

 

Bagi Kategori Qariah pula, juara dimenangi oleh Dayang Amal Afiqah binti Ali dari Darussalam Assets, naib juara diberikan kepada Dayangku Hasrina binti Pengiran Haji Hashim dari Tabung Amanah Pekerja dan tempat ketiga diraih oleh Dayang Siti Shahzalina binti Shahminan dari Jabatan Perbendaharaan.

 

Majlis penyampaian hadiah-hadiah dan sijil-sijil penyertaan disempurnakan oleh tetamu kehormat sekali gus dengan penyampaian cenderahati kepada hakim-hakim bagi Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Pelita Brunei sempat menemu bual juara qariah, Dayang Amal Afiqah binti Ali, dari Darussalam Assets yang mana beliau melahirkan rasa syukur kerana ini adalah merupakan kali pertama beliau telah memenangi tempat pertama dan pertandingan membaca Al-Quran.

 

"Sebelum ini saya memang pernah menyertai beberapa pertandingan membaca Al-Quran tetapi tidak pernah meraih kemenangan. InsyaaAllah saya akan terus berlatih bagi meningkatkan mutu bacaannya di samping menjaga pemakanan bagi menjaga suara," ujarnya yang baru bertugas di Darussalam Assets selama dua tahun itu.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji AhmaD

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53