Home > Bahasa Melayu
Timbalan Menteri Pertahanan Terima Kunjungan Pengenalan
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mullia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit (kanan) semasa menerima kunjungan pengenalan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke negara ini, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan.
December 15th, 2016 | 11:22 AM | 1505 views
BOLKIAH GARISON
Rabu, 14 Disember. - Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam (NBD), Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit telah menerima kunjungan pengenalan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke NBD, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas pelantikan beliau dan mengalu-alukan kedatangannya ke NBD.
Kedua-dua pihak juga mengambil peluang bagi menyatakan hubungan persaudaraan di antara NBD dan Pakistan dan terus memberikan komitmen untuk meningkatkan kerjasama pertahanan.
Pada 19 Mei 2004, rangka kerja bagi memupuk kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang lebih erat di antara NBD dan Pakistan ditubuhkan dengan termeterainya memorandumpersefahaman mengenai kerjasama pertahanan merangkumi bidang-bidang seperti pertukaran lawatan, kursus dan latihan, perkongsian maklumat serta teknologi.
Tuan Yang Terutama menyerahkan surat watikah pelantikan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Oktober 2016.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]