FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


TAIB Terokai Penubuhan Subsidiari Perbankan Berlandaskan Syariah


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Penasihat Perbadanan TAIB hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penandatanganan MoU dan Nasihat Perundangan di antara Perbadanan TAIB dan Perbadanan ICD. Juga hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Perbadanan TAIB.

 


 December 15th, 2016  |  11:24 AM  |   1405 views

JERUDONG

 

Rabu, 14 Disember. - Memorandum Persefahaman (MoU) dan Nasihat Perundangan yang ditandatangani di antara Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Perbadanan Islam bagi pembangunan sektor swasta (Islamic Corporation for the Development of the Private Sector - ICD) akan membantu Perbadanan TAIB untuk mencapai matlamat penubuhan perbankan Islam sepenuhnya.

 

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penandatanganan MoU dan Nasihat Perundangan di antara Perbadanan TAIB dan Perbadanan ICD yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong, di sini.

 

Penandatangan tersebut juga menandakan bermulanya satu transformasi penting bagi Perbadanan TAIB bagi meneroka penubuhan subsidiari perbankan berlandaskan syariah di Negara Brunei Darussalam, jelasnya lagi.

 

SYIAR MOU TAIB 3

TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid (duduk, kiri) selaku Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB menandatangani bagi pihak Perbadanan TAIB, manakala Perbadanan ICD diwakili oleh Khaled Al-Aboodi (duduk, kanan).

 

Tambahnya, Perbadanan ICD merupakan institusi kewangan pembangunan multinasional dan pelbagai hala yang telah dibangunkan untuk menyokong pembangunan ekonomi negara-negara anggota melalui penyediaan kewangan bagi projek-projek sektor swasta, menggalakkan persaingan dan keusahawanan, menyediakan khidmat nasihat pada kerajaan serta syarikat-syarikat swasta juga menggalakkan pelaburan ke luar negara.

 

Dengan bekerjasama dengan ICD, beliau sangat yakin kerjasama tersebut boleh dimanfaatkan oleh Perbadanan TAIB dengan menerima pakai amalan-amalan perbankan antarabangsa.

 

Kemahiran profesional tersebut akan memberikan Perbadanan TAIB permulaan yang baik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan kestabilan kewangan yang berpanjangan serta memberikan platform yang sangat baik bagi pembangunan kapasiti yang akan membawa Negara Brunei Darussalam satu langkah lebih dekat untuk menjadi hab kewangan Islam di pasaran global, terangnya lagi.

 

SYIAR MOU TAIB 4

 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (empat, kanan), selaku Penasihat Perbadanan TAIB hadir selaku tetamu kehormat ketika bergambar ramai pada Majlis Penandatanganan MoU dan Nasihat Perundangan di antara Perbadanan TAIB dan Perbadanan ICD.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Penasihat Perbadanan TAIB hadir selaku tetamu kehormat.

 

Juga hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Perbadanan TAIB; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan ICD, Khaled Al-Aboodi; serta pegawai-pegawai kanan kerajaan, Perbadanan TAIB dan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank - IDB).

 

Menandatangani bagi pihak Perbadanan TAIB ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, manakala Perbadanan ICD diwakili oleh Khaled Al-Aboodi.

 

SYIAR MOU TAIB 2

 

TIMBALAN Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penandatanganan MoU dan Nasihat Perundangan di antara Perbadanan TAIB dan Perbadanan ICD yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

 

Perkongsian berkenaan akan menyaksikan Perbadanan TAIB bergerak ke peringkat seterusnya dalam sektor perkhidmatan kewangan Negara Brunei Darussalam dengan menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan juga membuka peluang-peluang perniagaan bagi dalam dan luar negara.

 

Perbadanan ICD adalah sebuah organisasi pelbagai hala yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan IDB yang ditubuhkan pada November 1999 untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negara-negara anggota yang selaras dengan prinsip Syariah melalui pembangunan sektor swasta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54