Home > Bahasa Melayu
Alishahrin Juara Pertandingan Fotografi
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menyampaikan hadiah kepada Awang Alishahrin bin Haji Mumin yang memangi Johan dalam pertandingan Kategori Khas bagi 'ASEAN City of Culiture' 2016/2017. |FOTO : PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )
December 16th, 2016 | 10:38 AM | 1276 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Disember. - Lai Jian Shin dan Awang Alishahrin bin Haji Mumin masing-masing menjuarai Pertandingan Fotografi Borneo Bulletin dan Kategori Khas bagi 'ASEAN City of Culture' 2016 / 2017.
Sementara itu, Christopher C. Selga dan Dayang Rohana binti Haji Saman menyandang naib juara dan tempat ketiga bagi Pertandingan Fotografi Borneo Bulletin.
Naib juara bagi Kategori Khas pula disandang oleh Awang Haji Muhamad bin Haji Sulaiman manakala Awang Muhd. Khairulamin bin Sungkai pula mendapat tempat ketiga.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa melihat gambar-gambar yang ikut serta dalam pertandingan tetsebut.
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah pertandingan bertempat di The Coffee Bean & Tea Leaf, The Mall, Gadong.
Para pemenang masing-masing menerima hadiah berupa 'Canon Digital Camera dan Printer', 'CBTL Beverage System', 'VIP Card dan Goody Bags' selain 'Mobile Phone' dan 'Postpaid Card' dari Progresif Cellular Sendirian Berhad (PCSB).
Lebih 700 penyertaan diterima untuk perandingan tersebut yang bermula pada bulan Oktober hingga November lalu.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa bergambar ramai bersama pemenang-pemenang dalam pertandingan tersebut.
Terdahulu, Pengurus Am, Brunei Press Sendirian Berhad, Mr. Reggie See dalam ucapannya menyatakan, pertandingan fotografi itu dinilai berdasarkan kualiti, kreativiti dan keberkesanan dalam menyampaikan keindahan dan keunikan Negara Brunei Darussalam.
Dengan pertandingan tersebut juga dapat memberi peluang kepada jurugambar yang mempunyai cita-cita dan berbakat untuk menangkap gambar yang menarik di negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]