FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Negara perlukan sukarelawan berkualiti


MENTERI Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof ketika beramah mesra dan memberi ucap nasihat kepada para peserta Bengkel Program Kepimpinan Sukarelawan yang telah diadakan di Perkampungan Sukan Berakas. |FOTO : PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 December 16th, 2016  |  10:41 AM  |   2082 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Khamis, 15 Disember. - Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) buat julung kalinya mengadakan bengkel Program Kepimpinan Sukarelawan di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Hadir bagi selaku tetamu kehormat dan meninjau kemajuan peserta-peserta bengkel ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Seramai 25 peserta mengikuti bengkel tersebut di mana mereka diberi ilmu pengetahuan untuk memberi kesan kepada perkhidmatan sosial khususnya kesukarelaan yang berkualiti dan beridentiti Brunei.

 

151216 AHA KKBS 02

MENTERI Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof ketika beramah mesra dan memberi ucap nasihat kepada para peserta Bengkel Program Kepimpinan Sukarelawan yang telah diadakan di Perkampungan Sukan Berakas.

 

Menurut Pegawai Belia dan Sukan, KKBS, Awang Muhd. Amirul Syazmie bin Ibrahim, program kepimpinan merupakan salah satu acara yang diadakan bagi menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut setiap 5 Disember.

 

"Ianya juga sebagai salah satu inisiatif JBS untuk mengumpulkan lebih banyak sukarelawan terutama bagi mereka yang baru berjinak untuk menjadi sukarelawan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pada program kepimpinan tersebut.

 

Beliau menjelaskan, para peserta program diberi latihan-latihan asas sebagai seorang sukarelawan terutama dalam kepimpinan, bagaimana melaksanakan projek atau 'project management', pengurusan stakeholder dan sebagainya.

 

Beliau menambah, program menyasarkan penglibatan daripada para belia di seluruh negara berumur antara 15 ke 40 tahun serta melibatkan agensi-agensi bukan kerajaan, iaitu persatuan-persatuan, persatuan-persatuan belia dan syarikat-syarikat swasta yang berminat.

 

"Alhamdulillah, kami menerima banyak respons yang sangat baik daripada persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan," katanya.

 

151216 AHA KKBS 04

PEGAWAI dari Jabatan Belia dan Sukan, Awang Muhd. Amirul Syazmie bin Ibrahim.

 

Beliau menambah, program akan diadakan selama empat hari tiga malam bermula hari ini.

 

Jelasnya, program tersebut mengandungi 20 peratus teori dan 80 peratus praktikal di mana pada hari Sabtu nanti para sukarelawan akan dibawa ke Daerah Belait untuk mengagihkan barang-barang bantuan kepada mereka yang memerlukan di Mukim Labi.

 

"Kami berharap para peserta akan mengambil peluang ini dengan baik kerana yang bersama kami juga adalah sukarelawan-sukarelawan yang telah mempunyai pengalaman yang amat luas. Ia juga peluang bagi mereka untuk mereka belajar sesuatu di luar pendidikan formal," ujarnya

 

Beliau juga berkata, program berkenaan juga adalah sebagai satu platform untuk meningkatkan jaringan sosial dan sekali gus menjadi sebahagian daripada komuniti.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiarkan 5 Disember setiap tahun sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa.

 

Pada tahun ini, KKBS memberi variasi kepada konsep sambutan di mana penekanan pada kali ini ialah memberi ilmu kepada sukarelawan menerusi bengkel kepimpinan.

 

Menyusul selepas program tersebut adalah sambutan dalam bentuk sukan perpaduan di antara sukarelawan akan dijalankan yang akan melibatkan seramai mungkin sukarelawan terutama belia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10