FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


TLDB Sertai WPNS Ke-15 dan MNEK 2016


PEMERINTAH Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad (kiri sekali) semasa menghadiri Simposium Tentera Laut Pasifik Barat Kali Ke-15 (15th Western Pacific Naval Symposium - WPNS). | FOTO: IHSAN MINDEF

 


 April 16th, 2016  |  09:55 AM  |   4807 views

REPUBLIK INDONESIA

 

Jumaat, 15 April 2016. - Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad kini berada di Padang, Republik Indonesia bagi menghadiri Simposium Tentera Laut Pasifik Barat Kali Ke-15 (15th Western Pacific Naval Symposium - WPNS) sempena Rebiu Semula Armada Antarabangsa (International Fleet Review - IFR) Tentera Laut Indonesia dan Eksesais Pelbagai Hala Tentera Laut KOMODO (Multilateral Naval Exercise KOMODO - MNEK) 2016.

 

Seramai 13 ketua tentera laut dan 22 ketua delegasi dari 35 buah negara di rantau Pasifik Barat menghadiri acara berkenaan dengan penglibatan 20 buah kapal tentera laut.

 

Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Joko Widodo semasa berucap merasmikan simposium berkenaan menekankan kepentingan operasi-operasi ketenteraan selain daripada perang khususnya keupayaan dalam bantuan kemanusiaan dan bencana.

 

15042016 PR MINDEF 02

ANGGOTA Tentera Laut Diraja Brunei menyertai perbarisan lalu Eksesais Pelbagai Hala Tentera Laut KOMODO (MNEK) 2016.

 

Aktiviti MNEK tersebut katanya, memperkenalkan diplomasi pertahanan dan pada masa yang sama menguatkan keupayaan berbilang hala tentera laut.

 

Kapal tentera Laut dari Negara Brunei Darussalam, KDB DARUTTAQWA akan bergabung dengan kapal perang dari negara lain dalam MNEK, yang telah bermula pada 12 April lepas dan berakhir 16 April 2016 yang merangkumi Table Top Exercise (TTX), Command Post Exercise (CPX), and Field Training Exercise (FTX).

 

CPX memfokuskan operasi-operasi Penjagaan Keamanan Maritim serta bantuan kemanusiaan dan bencana.

 

15042016 PR MINDEF 03

PEMERINTAH Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad mendengar penerangan semasa melawat ruang pameran Simposium Tentera Laut Pasifik Barat (WPNS) Ke-15.

 

Acara kemuncak ialah WPNS Ke-15 yang dihadiri oleh para Pemerintah Tentera Laut dan Ketua-ketua Delegasi dari rantau Pasifik Barat. Tema tahun ini ialah "Perkongsian Maritim Untuk Kestabilan Rantau Pasifik Barat" (Maritime Partnership for Stability in Region Western Pacific).

 

Simposium bermula dengan ucaptama dari Ketua Turus Tentera Laut Republik Indonesia, Laksamana Ade Supandi yang antara lain juga menekankan kepentingan membina keyakinan dan pembangunan kapasiti di kalangan anggota tentera laut dalam situasi persekitaran keselamatan maritim masa kini. Ini katanya termasuk meningkatkan pendidikan dan latihan melalui pertukaran pegawai dan lawatan.

 

15042016 PR MINDEF 04

PEMERINTAH Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad bergambar ramai bersama para Pemerintah tentera laut dan Ketua Delegasi dari 35 buah negara di rantau Pasifik Barat yang menghadiri Simposium WPNS Ke-15.

 

Semasa berlangsungnya acara-acara berkenaan, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi juga mengambil kesempatan mengadakan kunjungan dua hala bersama beberapa rakan-rakan sejawatnya.

 

Simposium Ke-15 berakhir dengan persetujuan untuk mengadakan Bengkel WPNS berikutnya pada bulan April 2017 di Chile dan simposium dalam 2018 di Korea Selatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53